Pempengaruh media sosial Ahmad Aslam membuat kejutan kepada isteri pertamanya, Umisya Mazlan yang banyak memudahkan urusan dalam rumah tangga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ahmad Aslam Pertahan Isteri Pertama – ‘Saya Pun Tidak Faham Kenapa Umisya Dikecam’

Artikel Berkaitan: ‘Isteri Sudah Cantik Pun Ada Juga Suami Cari Lain’ – Umisya Mazlan Seloroh Dengan Aslam

Hargai isteri

@_umisyamazlan

Terima kasih sayang, Allah bless you always 🥹🥰 . happy sangat dapat semua colour @Gals. Yang penting dsign baru tau semua. lurvee

♬ original sound – _umisyamazlan – _umisyamazlan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, memberi ucapan buat Umisya yang tidak mengenal erti lelah dalam menjadi tulang belakang keluarga kecilnya.

Menurut Aslam, Umisya sentiasa mengutamakan orang lain sebelum diri sendiri.

Alhamdulillah, hari ini saya berkelapangan untuk bahagiakan orang yang selalu menjadi tulang belakang saya.

Teruntuk sayangku, setiap hari saya tengok awak kuat walaupun penat jaga anak-anak, kerja, urus rumah sampai tidur pun tak tentu.

Tapi sayang tetap senyum dan jadi tiang untuk keluarga kita.

Kadang saya kesian tengok tapi dalam penat itu awak masih lagi ingat semua orang. Letak semua orang dulu sebelum diri awak.

Harapan dan doa

Dalam pada itu, Aslam menitipkan doa buat Umisya sentiasa bahagia sekali gus memohon agar rumah tangga yang dibina sentiasa dipelihara Allah.

Saya selalu doa agar awak sentiasa bahagia. Bila awak bahagia, semua orang rasa tenang.

Jadi, hari ini saya ambil kesempatan kongsikan rezeki.

Saya nak awak rasa dihargai macam mana awak selalu hargai semua orang.

Apa yang saya bagi, mungkin tak boleh membalas segala jasa awak.

Saya cuba sedaya upaya untuk membahagiakan awak.

Terima kasih sayang selalu jadi kawan, isteri, dan ibu yang terbaik buat anak-anak.

Semoga Allah menjaga hubungan kita hingga akhir hayat.

Pada perkongsian hampir dua minit itu, Aslam dilihat menulis sepucuk surat, membawa sejambak bunga dan beberapa koleksi beg tangan bagi menghargai usaha isteri pertamanya.

Untuk rekod, Aslam mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020. 

Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023, sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, Nuh, dan Haya.

Sumber: TikTok @_umisyamazlan