![[VIDEO] ‘Atas Izin, Reda & Restu Keluarga, Saya Telah Bernikah’ – Beayqaa](https://media.ohbulan.com/2025/05/bea.jpg)

Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Beayqaa mengesahkan bahawa dirinya kini telah bergelar isteri.
‘Atas restu keluarga, saya telah bernikah’
@beacomel Bismillah .. Benar , atas izin, redha , dan restu keluarga , saya telah bernikah . Namun saya memilih untuk tidak war war kan nya . Saya memilih untuk simpan semua kenangan ni sendiri . Untuk elakkan sebarang fitnah saya hidangkan video ini . Kepada cinta hati saya , terima kasih kerana terima saya seadanya . Saya nak susah senang dengan awak , itu janji saya pada mak saya dan mak awak . Kepada umi ku dan keluarga , terima kasih kerana aturkan semua disaat saya tidak tahu dimana arah untuk dituju . Kepada semua yg memberi kata kata yg baik , terima kasih moga kata kata kalian berbalik pada diri kalian semua ??? Semoga perkahwinan ini diredhai Allah #fyp #married ? Untuk Mencintaimu by Seventeen – MUSIC ROOM
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Beayqaa atau nama sebenarnya Atiqa Affendi, 25, anggun mengenakan busana pengantin serba putih duduk di pelamin bersama pasangannya yang turut mengenakan pakaian sedondon.
Dalam kapsyen video tersebut, kakak kepada penyanyi Sheikh Baseer ini menjelaskan bahawa perkahwinan itu berlangsung dengan restu keluarga, namun dia memilih untuk tidak menghebahkan majlis tersebut secara terbuka sebelum ini.
Bismillah… Benar, atas izin, reda dan restu keluarga, saya telah bernikah. Namun saya memilih untuk tidak war-warkan. Saya memilih untuk simpan semua kenangan ini sendiri. Untuk elakkan sebarang fitnah, saya hidangkan video ini.
Beayqaa turut menzahirkan penghargaan buat suaminya yang menerima dirinya seadanya, selain meluahkan hasrat untuk bersama-sama dalam melalui suka dan duka sepanjang perkahwinan.
Kepada cinta hati saya, terima kasih kerana terima saya seadanya. Saya nak susah senang dengan awak, itu janji saya pada mak saya dan mak awak.
Beayqaa juga tidak lupa menghargai pengorbanan keluarganya yang membantu melancarkan majlis perkahwinannya.
Kepada umi ku dan keluarga, terima kasih kerana aturkan semua di saat saya tidak tahu di mana arah untuk dituju.
Di akhir perkongsiannya, Beayqaa turut menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.
Sumber: TikTok








