![[VIDEO] Atikah Suhaime Akui Khilaf, Tersentak Suami Tegur Percakapan Makin Kasar – ‘Jangan Sombong, Walaupun Kita Bekerja’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/atikah-suhaime1.jpg)
Dek kerana terlalu sibuk dengan kerjaya, Datin Atikah Suhaime mendedahkan dia telah ditegur oleh suami, Datuk Lokman Teh kerana perubahan sikapnya.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kurang Senang Dengan Sikap Suka Mengata – ‘Boleh Jadi Buli Siber Kalau Biarkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Manfaatkan Gelaran Datin Untuk Kebaikan – ‘Saya Nak Kongsi Kemewahan Dengan Orang Sekeliling’
Teguran suami
Menerusi perkongsian di TikTok, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata, suaminya kurang senang dengan cara pertuturannya yang didakwa kurang sopan dan kasar selepas menerima banyak tawaran pekerjaan.
Alhamdulillah sejak ada anak, rezek mengalir macam air. Saya dapat banyak job review, jadi saya sangat sibuk.
Masa subuh tadi saya gantikan lampin anak tapi saya rasa annoyed bila tengok suami main telefon dan sikit tak tolong saya.
Saya terus terlepas cakap, ‘asyik tengok telefon je, tolonglah sini..macamlah dapat satu juta bila tengok telefon.’
Suami saya cakap, ‘sejak kebelakangan ini rezeki awak banyak tapi awak asyik cakap kurang ajar dengan saya.’
Atikah kemudian memohon maaf kepada suami dan mengakui kekhilafannya itu disebabkan keletihan akibat bebanan kerja.
Betul, lately saya memang sangat kurang ajar dengan suami.
Mungkin sebab penat dan banyak buat live di TikTok, jadi bila suami buat silap sikit saya terus melenting tapi dia tetap sabar.
Saya rasa bersalah dan minta maaf dekat suami.
Saya sangat bertuah, walaupun saya marah-marah tapi suami masih sayang dan bawa saya pergi makan Omakase.
Nasihat Atikah
Dalam masa yang sama, aktres berasal dari Singapura itu turut menitipkan nasihat kepada wanita bekerjaya supaya tidak mengabaikan perasaan suami meskipun dilimpahkan dengan rezeki.
Kadang-kadang sebagai seorang perempuan, kalau kita dapat cari duit sendiri, kita akan rasa kita terlalu hebat.
Jangan lupa, kalau bukan sebab izin Allah tak mungkin kita boleh dapat banyak rezeki.
Jangan sombong dengan suami, walaupun kita bekerja.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata sulung yang dilahirkan pada 8 Mac lalu dan diberi nama Lyla Mulan Teh.
Sumber: TikTok Atikah Suhaime