![[VIDEO] Atikah Suhaime Belanja Pengasuh Makan Korean Sashimi Cecah RM400](https://asset.ohbulan.com/2025/06/atikah-korean-dua.jpg)
Pelakon dan usahawan Atikah Suhaime berkongsi rezeki dengan belanja penjaga anaknya makan Korean Sashimi sempena Lyla Mulan Teh mencecah usia tiga bulan.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’
Bawa maid makan sedap

Pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, menjelaskan sepatutnya perancangan awal adalah untuk pergi menjamu selera bersama suaminya, Datuk Lokman Teh dan kawan-kawannya.
Namun, Atikah terpaksa membatalkan perancangan tersebut selepas mengetahui Mulan menangis tanpa henti.
Sempena Mulan cecah tiga bulan, saya bawa Mulan dan dayang-dayangnya celebrate.
Mereka ajak lepak dekat rumah. Rugi make up dah siap tetapi tidak jadi keluar.
Saya buat keputusan untuk bawa mereka makan Korean Sashimi memandangkan mereka tidak pernah makan ikan mentah.
Menurut Atikah, dia pada awalnya memesan set makanan berharga RM381, namun kemudian membuat keputusan untuk menambah beberapa hidangan lain buat pengasuh anaknya itu.
Sumber: TikTok








