![[VIDEO] Atikah Suhaime Mula Berpantang Secara Moden Esok, Nak Turun Berat Badan Sehingga 51kg](https://media.ohbulan.com/2025/04/atikah-suhaime-9.jpg)

Pelakon Datin Atikah Suhaime gian untuk kembali bersenam setelah berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram (kg) sepanjang proses berpantang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Terima Kejutan Hari Lahir Daripada Keluarga Mentua Bikin Netizen Sebak – ‘Bahagia Tengok Dia Dilayan Macam Puteri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cemburu Dengan Pengasuh, Atikah Suhaime Sedih Anak Kuat Meragam – ‘Saya Macam Tidak Diberi Peluang Sebagai Seorang Ibu’
Habis pantang
@atikahsuhaimeeee Last day pantang with Cassia Confinement Care. ? #fyp #pantangtradisional #menusihat #eatingclean #postpartumjourney ? sonido original – SONIDOS LARGOS
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime memaklumkan bahawa dia bakal menjalani proses berpantang secara moden mulai esok.
Dalam pada itu, Atikah meluahkan rasa puas hati dengan servis yang diterimanya sepanjang berpantang.
Tinggal 20 kg lagi untuk turun.
Sekarang 71 kg, saya cuba untuk dapatkan berat asal iaitu 51 kg.
CL saya bagus, saya suruh dia sambung jaga Mulan lagi satu bulan.
Kalau nak berpantang secara tradisional, better ambil yang professional.
Cara kita berbeza

Berkongsi lebih lanjut, Atikah sempat menitipkan pesanan agar mengambil orang yang pakar dalam menjaga pemakanan ketika berpantang.
Berpantang cara ibu kita dulu-dulu tak salah.
Tapi mungkin cara ibu kita tak sama.
Elok saja mama saya awet muda, siapa follow mama saya, tahu lah macam mana.
Silap-silap Maria Farida pun kalah dengan mama saya.
Pada akhir perkongsian, Atikah mengingatkan para bakal ibu untuk mengikut kata hati dalam membuat keputusan.
Sumber: TikTok @TikaMe








