![[VIDEO] Auntie Ja Jawab Isu ‘Suka Dessert’ Tiada Sijil Halal](https://asset.ohbulan.com/2025/06/suka-dessert-tiga.jpg)
Pemilik bisnes manisan popular, Suka Dessert iaitu Siti Hajar Mohd Razali menjelaskan dakwaan berkaitan kedainya tidak mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Kemalangan, Program Jelajah Caravan Suka Dessert Dibatalkan – ‘Remuk Habis, Semoga Dipermudahkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Jawab Tuduhan ‘Suka Dessert’ Guna Coklat Murah – ‘Penat Saya Bayar Mahal’
Akui silap

Siti Hajar atau lebih mesra disapa Auntie Ja mengakui kekhilafannya kerana tidak memohon sijil halal walaupun Suka Dessert telah beroperasi hampir enam tahun.
Katanya, dia membuat kesilapan kerana tidak mengutamakan untuk memohon sijil halal kerana terlalu memfokuskan kepada perkara lain.
Untuk pengetahuan semua, barangan import seperti dairy product, non-dairy product dan sebagainya mempunyai sijil halal antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM.
Kesilapan saya adalah melaburkan modal syarikat pada mesin, kursus pembelajaran staf, pengubahsuaian kedai dan lain-lain tetapi saya tidak mengutamakan permohonan sijil halal daripada JAKIM.
Saya cakna dengan perkara ini dan akan segera meneliti dan mengusahakan untuk membuat permohonan halal dari JAKIM.
Pastri Suka Dessert

Sementara itu, mengulas mengenai pastri, Auntie Ja berkata bekalan pastri diambil daripada Enchante Patisserie yang pemiliknya merupakan seorang melayu Islam.
Berkenaan dengan isu pastri, saya sangat transparent tentang dari mana stock croissant dan New York croissant diambil.
Tidak pernah saya menyatakan bahawa dua produk ini dihasilkan oleh Suka Dessert kerana kami bukanlah mahir dalam bidang pastry.
Semua stok pastri diambil dari bekalan Enchante Patisserie, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Encik Nazrul seorang melayu Islam dan Chef Tan merupakan World Pastry Champion 2019.
Semua bahan yang digunakan di dalam production mereka adalah bahan yang halal diiktiraf JAKIM dan mereka masih dalam proses memohon sijil halal JAKIM.
Mengulas lebih lanjut, Auntie Ja berkata syarikat bekalan pastri itu sangat menitikberatkan kebersihan mereka dan para pekerja sering memakai sarung tangan semasa pembuatan manisan itu.
Bagaimanapun, Auntie Ja berkata demi menjaga nama baik kedua-dua belah pihak, dia memutuskan untuk menghentikan pengambilan stok pastri serta-merta dari Echante.
Sebelum ini, tular satu video di media sosial mendedahkan Suka Dessert tidak mempunyai sijil halal daripada JAKIM selepas beroperasi lebih daripada lima tahun.
Sumber: TikTok








