![[VIDEO] Auntie Ja Kemalangan, Program Jelajah Caravan Suka Dessert Dibatalkan – ‘Remuk Habis, Semoga Dipermudahkan’](https://media.ohbulan.com/2025/03/aunty-ja-1.jpg)

Pemilik bisnes manisan popular, Suka Dessert iaitu Siti Hajar Mohd Razali terpaksa membatalkan niat berniaga setelah mengalami kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Jawab Tuduhan ‘Suka Dessert’ Guna Coklat Murah – ‘Penat Saya Bayar Mahal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Buat ‘Live’, Netizen Tegur Minta Tukar Gaya Fesyen – ‘Boleh Tak Tukar Style Baju Yang Menarik’
Aunty Ja kemalangan
@sukadessert.hq? original sound – Sukadessert.hq
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Siti Hajar atau lebih mesra disapa Auntie Ja dilihat membuat penjelasan ringkas mengenai pembatalan ‘Jelajah Caravan Bersama Auntie Ja’.
Menurutnya, dia dan petugas-petugas Suka Dessert mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan ke pusat membeli belah yang terletak di Pulau Pinang.
Assalammualaikum, ada berita tidak baik.
Ada kecelakaan berlaku ketika kami on the way.
Dengan itu, diumumkan program ini dibatalkan.
Doakan yang baik-baik untuk semua.
Pada perkongsian itu, Auntie Ja yang berbaju merah jambu dilihat mengalami benjolan besar di dahi kirinya yang dipercayai akibat daripada kemalangan tersebut.
Keadaan Caravan




Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen menjadi saksi keadaan Caravan Suka Dessert mengalami keremukan di Simpang Pulai yang berkemungkinan akibat daripada hujan lebat. Selain itu, warganet turut mendoakan kesejahteraan Auntie Ja dan pertugas-petugas yang lain.
Sumber: TikTok @Sukadessert.hq






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
