![[VIDEO] Awal Ashaari Mahu Anak Pilih Kerjaya Lebih Terjamin – ‘Jadi Selebriti Ini Ikut Rezeki & Nasib’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/awal-ashaari.jpg)
Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari tidak menggalakkan dua anak perempuannya, Lara Alana dan Lila Amina, untuk menceburi bidang seni sebagai kerjaya tetap.
Artikel Berkaitan: Awal Ashaari Sebak Kenang Momen Besarkan Lara Alana – ‘Dia Ajar Saya Jadi Bapa Yang Memahami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Awal Ashaari Simpan Baju Anak Dalam Zip Lock, Bau Jadi Penawar Rindu – ‘Itu Lagi Penting Dari Bercakap Di Telefon’
Elak anak ceburi bidang seni

Ketika ditemui OhBulan!, Awal, 44, menzahirkan hasrat agar anak-anak memilih pekerjaan yang mempunyai jaminan masa depan berbanding bergantung sepenuhnya kepada kerjaya sebagai selebriti.
Jelasnya, peluang dalam industri hiburan banyak bergantung kepada rezeki dan nasib seseorang selain tidak menjanjikan pendapatan yang konsisten.
Anak saya dah kena brainwash dah. Kadang-kadang mereka cakap nak jadi pelakon, tapi Scha tak bagi.
Scha bagitahu anak-anak untuk jadi bijak.
Kadang-kadang perkara ini ikut rezeki dan nasib. Dalam Malaysia, bukan saja soal bakat tetapi dia disertai dengan rezeki dan juga nasib.
Kehidupan sebagai selebriti tak menentu. Kalau tengah naik, tawaran banyak. Kalau dah suam-suam, nanti tawaran akan kurang. Jadi, memang tiada jaminan.
Awal berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Telefilem Like & Latte yang berlangsung di Eleventea, Wangsa Maju pada Selasa.
Tambah Awal, berbeza dengan sesetengah bidang pekerjaan lain yang menyediakan simpanan persaraan, golongan selebriti perlu menguruskan sendiri simpanan dan caruman bagi menjamin masa depan mereka.
Bagimanapun, Awal tidak menafikan bidang seni juga mampu memberikan kehidupan yang baik namun perkara tersebut tetap bergantung kepada rezeki masing-masing.
Orang lain kalau dah tua, mereka boleh fikir nak bersara sebab duit simpanan banyak kemudian ada duit pencen lagi.
Kalau selebriti kena carum sendiri, itu pun kalau ada yang beringat. Kalau yang tak beringat, masa tengah berjoli tiba-tiba bila dah down, tiada apa-apa.
Daripada situlah saya rasa anak-anak carilah kerja yang boleh menjamin. Bukan nak kata industri kita tak menjamin tetapi bergantung kepada rezeki dan nasib.








