Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie meluahkan rasa syukur apabila dua anak perempuannya berjaya menamatkan pengajian di Management and Science University (MSU).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sentiasa Doakan Mereka Berjaya Dunia Akhirat’ – Awie

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kagum Awie Masih ‘Steady’ Nyanyi Lagu ‘Di Penjara Janji’ – ‘Part Tinggi Tak Hala Pun Mikrofon Pada Penonton’

Syukur

Difahamkan, anaknya, Putri Aleeya Antasha, 25, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara manakala Putri Aleefa Antasha, 23, adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Fotografi dan Video Kreatif.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Ahmad Azhar Othman, 57, berharap agar anak-anaknya tidak terus berada dalam zon selesa meskipun sudah menggenggam segulung ijazah.

Nasihat saya, ijazah ini belum habis di sini maknanya jangan rasa selesa dan saya kalau boleh mahu mereka lanjutkan lagi pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk masa depan yang lebih cerah dan cemerlang Insya-Allah.

Saya mengharapkan mereka tidak leka. Jangan rasa dengan ijazah yang ada ini sudah selesa. Gali lagi ilmu yang sepatutnya.

Sementara itu, Aleefa Antasha meluahkan rasa terharu dan syukur kerana berpeluang menggembirakan ibu bapanya dengan pencapaiannya.

Perasaan gembira, puas hati bila tengok ibu bapa kita gembira kerana pelajaran dan pencapaian kita adalah satu tahap kebahagiaan dan kepuasan yang berbeza.

Sumber: TikTok (1), (2)