![[VIDEO] Awie Diundang & Bakal Hadir Ke Majlis Kahwin Erra Fazira – ‘Saya Doakan Dia Bahagia’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/unnamed-file.jpg)
Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie meluahkan rasa gembira apabila menerima berita mengenai perkahwinan rakan seindustri iaitu Erra Fazira.
Artikel Berkaitan: Lapan Tahun Erra Fazira Mengelak Jumpa Awie, Enggan Hati Terus Terluka – ‘Kami Berpisah Cara Yang Tak Elok’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sah! Erra Fazira & Mr E Naik Pelamin 12 Disember Ini
Awie diundang
Ketika ditemui OhBulan!, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 57, memaklumkan bahawa dia telah diundang untuk menghadiri majlis persandingan Erra bersama pilihan hatinya, Ezwan Zain.
Menurut Awie, dia sangat senang apabila mengetahui Erra bakal kembali bergelar isteri selepas 11 tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
Sudah dapat undangan, baru tadi dia jemput saya.
InsyaAllah selepas selesai konsert saya pada 26 Disember ini di Singapura, pada 27 saya akan pergi (resepsi).
Alhamdulillah, bila dengar dia nak berkahwin saya pun gembira.
Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Sembilu The Reunion yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental pada Khamis.
Dalam masa yang sama, pelantun lagu Opera Hidup itu turut mendoakan primadona filem alaf baru tersebut dilimpahkan dengan kebahagiaan bersama insan tersayang.
Kami pernah berkawan, bertunang, bergaduh dan bersahabat. Jadi saya rasa persahabatan ini perlu diteruskan dan tak boleh putus lagi.
Saya mendoakan kebahagiaan dia dan sentiasa ceria pada masa akan datang dengan adanya suami yang menjaga.
Wanita yang umurnya sudah 50-an, dia memerlukan seorang suami untuk menjaga dia. Saya doakan dia bahagia.
Terdahulu, Erra menerusi majlis pelancaran single dan tayangan perdana lagu ‘Cinta Abadi’, telah mengumumkan tarikh pernikahannya bersama Ezwan atau lebih dikenali sebagai Mr E iaitu pada 12 Disember ini.
Sebelum itu, pasangan tersebut dipercayai menjalinkan hubungan sejak Ogos tahun lalu.
Untuk rekod, Erra dan Awie pernah mengikat tali pertunangan pada tahun 1997 namun ikatan itu terlerai pada 1998.