![[VIDEO] Ayah Muntah & Buang Air Besar Di Restoran, Anak Anggap Hal Kecil Berbanding Pengorbanan Membesarkan Hingga Dewasa](https://asset.ohbulan.com/2025/12/jaga-ayah-1.jpg)
Seorang individu menyorot perhatian apabila berkongsi momen bersama ayahnya di sebuah restoran.
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Kongsi Momen Diingati, Dedah Pesanan Dari Allahyarham Pak Lah – ‘Mak Ayah Kena Jaga, Agama Tetap Diutamakan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Rindu Tengok Lakonan Abon, Anak Dedah – ‘Ayah Dah Bersara, Sekarang Happy Jaga Cucu’
Reda jaga ayah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Zahir memaklumkan ayahnya muntah dan membuang air besar secara tidak sengaja di restoran yang dikunjunginya.
Bawa makan di kedai makan, tengah-tengah makan muntah dan terbuang air besar.
Dalam perjalanan pulang, ayah minta maaf sebab susahkan.
Bagaimanapum, Zahir akui tidak terbeban kerana mengenangkan pengorbanan ibu bapa yang membesarkannya tanpa sebarang rungutan.
Jaga orang tua lebih kurang macam uruskan anak kecil.
Setakat perkara kecil begini, apalah nak dibandingkan dengan ibu ayah yang dah besarkan kita.
Dari kecil sampai besar, macam-macam ragam, tiada sikit pun mereka merungut.
Doa netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat pengorbanan seorang anak yang sanggup menguruskan ayahnya. Selain itu, warganet turut mendoakan individu tersebut diberikan ganjaran syurga oleh Allah.
Sumber: TikTok @zahir_alauddin