Usahawan kontroversi, Anes Ayunie berang dituduh sebagai pengedar dadah dengan kekayaan yang dimiliki sejak usia belasan tahun.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Manusia Biasa, Tak Lari Dari Dosa & Kesilapan’ – Ayunie

Artikel Berkaitan: ‘Suami Rindu Bau Tekak & Ket*ak Saya’ – Ayunie Malu Dituduh Badan Berbau

Serahkan pada pihak atasan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ayunie difahamkan membuat laporan polis dengan dakwaan yang mengatakan dirinya menjual barangan haram.

Menurut Ayunie, dia mula berniaga sejak di bangku sekolah dengan hasil jualan bernilai RM40 juta.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Untuk apa kaya kalau bergadai nyawa? Kami yang berniaga sunguh-sunguh ini jauh lebih kaya dan tenang daripada jual benda haram.

Saya ini daripada sekolah dah mula berniaga macam-macam. Alhamdulillah umur 18 saya raih RM40 juta.

Aku tidak akan berdiam diri bila hari-hari dituduh jual dadah.

Saya tak takut cuma kesal dengan orang ramai.

Jangan tunjuk kekayaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan agar Ayunie lebih berhati-hati dengan sebarang hantaran yang dimuat naik di media sosial. Selain itu, warganet turut mendoakan agar urusan Ayunie dipermudahkan.

Sumber: TikTok @ayunieso24