Menerusi program ‘Realiti’ yang terbaru, seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Cik B tampil berkongsi mengenai kisah hidupnya sepanjang menjadi penagih dan pengedar dadah.
Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Raih RM15k Sebulan Jual Foto Kemaluan Di ‘Dark Side’
Pak cik yang ajar
Menurut Cik B, dia telah melakukan kesahalan yang amat besar dalam hidup apabila terjebak dalam kancah dadah ketika usia masih muda. Jelasnya lagi, dia mula mengenali dadah jenis ganja daripada pak ciknya sendiri.
Saya tinggal dengan mak dan adik saya. Mak saya seorang ibu tunggal. Dalam rumah ada pak cik saya juga. Pak cik saya masa itu masih belajar. Pada suatu hari, apabila saya balik sekolah, saya nampak pak cik saya pegang rokok. Tapi bau dia kuat sikit. Pak cik saya tanya nak cuba tak?
Saya pula masa itu semua benda nak cuba. Maklumlah umur baru 17 tahun. Dari situ saya ketagih sehingga saya terjebak pergi kelab malam. Masa dekat kelab, kawan tanya macam mana saya dapat ‘barang’ itu. Jadi, saya terfikir pula nak buat duit. Terus jual dekat kawan-kawan dan orang dalam kelab.
Bercerita lebih lanjut, Cik B berkata, dia mendapat bekalan dadah daripada kenalan pak ciknya sendiri.
Pak cik saya bagi nombor telefon untuk saya berhubung dengan orang itu sendiri. Mereka yang pergi kelab dah ramai cari saya.
Disoal sama ada mempunyai perasaan takut ataupun tidak, Cik B memberitahu perasaan itu tidak wujud kerana pak ciknya sentiasa berada di belakangnya.
Saya berani sebab dia yang mengajar semua benda. Kalau tiada dia, benda ini mungkin tak jadi. Dia masih hisap dadah sehingga sekarang. Saya pula berhenti sudah. Dulu saya salahkan dia. Bila meningkat dewasa, saya rasa semua ini pilihan sendiri. Dia tak pernah paksa saya.
Sampai umur saya 23 tahun, saya terlintas untuk nak berhenti. Lagipun, saya dah melalui fasa yang terendah dalam kehidupan. Ibu saya meninggal dunia. Saya tak sempat berada di sisi dia. Saya tidur rumah kawan selepas pulang dari kelab malam itu.
Kehilangan ibu juga membuatkan saya nekad untuk berhenti ambil dadah dan menjualnya. Saya terfikir kalau saya teruskan, apa pula jadi dekat adik saya sekiranya saya tiada. Saya bawa adik keluar dari rumah itu untuk jauhkan diri daripada pak cik.
Video