Pelakon, Aniq Suhair mengakui pengacara Azeva Natassha memiliki ciri-ciri wanita yang dicari untuk dijadikan isteri.

Artikel Berkaitan: Aniq Suhair Hampir Alami Burnout, Nasihat Jangan Paksa Diri Bekerja

Artikel Berkaitan: Hampir Dua Tahun ‘Hilang’, Aniq Suhair Banyak Muhasabah Diri – ‘Tempoh Berehat Saya Jumpa Kunci Perantara Dengan Allah’

Aura positif

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Aniq Suhair Mohd. Salleh, 26, berkata dia tertarik kepada wanita yang menzahirkan kasih sayang melalui perbuatan atau layananan seperti sifat yang dimiliki oleh Azeva.

Jelasnya, perkenalan mereka bermula ketika bergandingan dalam telefilem pertama bersama pada tahun lalu.

Ada. Dia memang ada ciri-ciri wifey material yang saya suka.

Azeva punya body languange adalah act of service dan dia memiliki aura positif.

Aniq berkata demikian ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama pelakon drama terbitan Viu, Ate Kome, I Love You! di Sunway Pyramid baru-baru ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Azeva yang dilihat semakin menyinar dalam dunia seni, Aniq mengakui gembira melihat kejayaan yang dikecapinya.

Dedahnya, Azeva sebelum ini merupakan seorang yang sangat introvert namun kini keperibadiannya semakin berubah menjadi lebih terbuka dan yakin.

Saya sangat-sangat bangga dengan perkembangan dia. Alhamdulillah itu memang rezeki dia dan itu apa yang ibu dia mahukan untuk dia.

Saya sangat gembira dia keluar daripada zon selesa dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Kalau saya memang tak boleh jadi hos tapi dia boleh jadi bagi saya sangat luar biasa.

Dalam pada itu, Aniq turut menganggap usikan orang ramai yang berharap mereka mempunyai hubungan istimewa tercetus berikutan keserasian yang ditampilkan mereka ketika berlakon bersama.

Bila mereka komen positif dan mereka ship maksudnya lakonan dan keserasian itu menjadi.

Kalau ada rezeki untuk bergandingan untuk masa hadapan, kami tidak akan rasa kekok dan orang juga boleh terima.

Dalam perkembangan lain, Aniq muncul dalam siri terbaharu Viu berjudul Ate Kome I Love You! yang disiarkan pada setiap Khami dan Jumaat pada jam 12 tengah hari.

Selain Aniq, turut membintangi drama tersebut ialah Amy Mastura, Bella Dowanna, Eida Moin dan Nurel Baharin.