![[VIDEO] Badron Munirah Percaya Pada Rezeki – ‘Saya Hanya Ada RM200…’](https://asset.ohbulan.com/2025/06/badron.jpg)
Pempengaruh dan pelakon, Badron Munirah iaitu anak kelahiran Mukah, Sarawak bersyukur dengan perancangan tuhan setelah bernekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mengembangkan sayapnya.
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Seakan ‘Hidup’ Semula, Seronok Lihat Peningkatan Kualiti Filem Dalam Negara – ‘Tak Sabar Nak Berlakon Balik’
Artikel Berkaitan: Tawaran Berlakon Kurang ‘Lebat’ Kerana Tak Hensem, Kodi Rasheed Kekal Permisif – ‘Rezeki Aku Allah Dah Susun’
Berbekalkan hanya RM200
Ketika ditemui OhBulan, Badron atau nama lengkapnya Mohammad Nur-Badron Munirah Rio Abdillah berkata, dia mengambil keputusan untuk menapak nama di Semenanjung kerana yakin dan percaya akan bakatnya.
Dalam pada itu, Badron mendedahkan bahawa dia berbekalkan hanya RM200 untuk meneruskan kehidupan di ibu kota.
Datang sini (Kuala Lumpur), berbekalkan RM200. Saya gamble.
Walaupun saya was-was dengan baki duit itu, tapi hidup ini hanya sekali.
Alhamdulillah sekarang sudah di tahap ini.
Sebenarnya saya tak beritahu mak pun tentang baki duit saya.
Tapi disebabkan semangat dan minat, saya rasa macam boleh pergi jauh.
Dan saya ambil keputusan untuk terbang ke Semenanjung.
Badron berkata demikian ketika ditemui pada penggambaran siri Viu yang dibintanginya berjudul Putri & Phrince arahan Liyana Jasmay, pada Khamis.
Berjaya beli kereta sendiri

Berkongsi lebih lanjut, Badron memaklumkan bahawa dia berjaya memiliki kenderaan sendiri dengan hasil kerja kerasnya yang sentiasa mencari peluang untuk dikenali.
Kalau nak cerita tentang pencapaian, saya punya sasaran sejak tamat belajar ijazah, saya nak beli kereta.
Itulah sebabnya saya kerja dan terus sibukkan diri di sini.
Daripada hasil kumpulan duit itu, saya dapat beli kereta pertama saya iaitu Honda City Hatchback.
Itulah pencapaian yang paling besar.
Pada akhir perkongsian, Badron meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tidak pernah putus buatnya yang sentiasa bersemangat untuk mencuba perkara baru.








