Bekas madu pelakon, Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib menarik perhatian ramai selepas berkongsi video mengenai kehidupannya selepas bergelar ibu tunggal.

Artikel Berkaitan: ‘Bekas Suami Hanya Beri Perbelanjaan Bulanan Hingga September 2021 Sahaja’ – Bekas Madu Miera Liyana

Artikel Berkaitan: Walaupun Sudah Berpisah, Suami Miera Liyana Tetap Teruskan Tuntutan Nusyuz Terhadap Bekas Isteri Pertama

‘Percaya rancangan tuhan’

Menerusi perkongsian di TikTok, Adibah, 52, memuat naik video memaparkan kejayaan yang dikecapi selain berkongsi gambar bersama anak-anak dan orang terdekat.

Dalam hantaran itu juga, ibu tunggal itu meletakkan quote yang menyatakan tuhan mempunyai perancangan yang lebih baik meskipun hidupnya berada di titik terendah pada ketika itu.

Bersama kesulitan ada kemudahan, Insya-Allah. Percaya dengan rancangan Tuhan.

Tidak dinafikan, perkongsian Adibah menyorot perhatian ramai kerana menjadi contoh buat para wanita di luar sana terutamanya mereka yang bergelar ibu tunggal.

Sesetengah netizen mendoakan agar urusan ibu kepada lima cahaya mata itu dimudahkan dan diangkat segala kesusahan dalam hidup.

Sebelum ini, Adibah reda perkahwinan selama 28 tahun bersama bekas suami Rosland Othman telah menemui jalan penamat.

Untuk rekod, Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata yang berusia antara 11 sehingga 26 tahun.

Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin kali kedua bersama Miera dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Komen netizen

Sumber: TikTok