berita

[VIDEO] Baju Rose Blackpink Hampir Tertanggal, Nasib Baik Penari Tolong Selamatkan

March 15th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kumpulan wanita popular dari Korea Selatan, Blackpink masih meneruskan siri jelajah konsert dunia mereka di Jakarta selepas membuat persembahan di Malaysia baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Boleh Diam Ke Otak Bab*’ – PU Syed Tak Henti Terima Kecaman, Sedia Berdepan Dengan Individu Tak Puas Hati

Artikel berkaitan: Kritik Blackpink, PU Syed Terima Ugutan Bunuh – ‘Siap Kau, Pistol Dah Beli’

Terbaru, menerusi satu rakaman video, salah seorang ahli Blackpink iaitu Rose dilihat berdepan detik cemas apabila tali bajunya terbuka dan hampir mendedahkan sosok tubuhnya ketika sedang membuat persembahan solo menerusi lagu Hard To Love di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia pada 11 Mac lalu.

Pegang bahagian atas baju

Menerusi perkongsian di TikTok,  Rose dilihat bertindak pantas memegang bahagian atas bajunya sambil meneruskan nyanyian sebelum salah seorang penari latar datang membantu dan mengikat kembali baju tersebut.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di ruangan komen, rata-rata peminat Blackpink memuji tindakan Rose yang dianggap sangat profesional kerana masih meneruskan nyanyian walaupun berdepan detik mencemaskan. Bukan itu sahaja, Rose turut menari ketika bajunya masih diikat.

Video

@lalalalika_m

Untung dancernya sigap ya Rose?? #bornpink #bornpinkinjakarta #blackpink #rosé #fyp

? original sound – lalalalika – Lalika Manoban

SKIP THIS AD ×