Pendakwah selebriti, PU Syed baru-baru ini mendedahkan bahawa dia ada menerima ugutan bunuh gara-gara lantang bersuara dalam membantah penganjuran konsert K- Pop terkenal Blackpink pada minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Bergurau Soal Neraka, PU Syed Tegur Uyaina Arshad – ‘Panas Seterika Baju Pun Dah Melompat Kesakitan’
Artikel Berkaitan: Ahli Parlimen Pas Minta Kerajaan ‘Kawal’ Konsert Dari Luar Seperti Blackpink
Pertama kali terima ancaman bunuh
PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak mendedahkan ancaman tersebut diterima menerusi mesej langsung (DM) di akaun Instagram (IG) miliknya daripada individu yang tidak dikenali.
Sedia kau! Pistol dah siap dibeli. Kamu akan ditembak.
Bahkan akaun tersebut yang berang dengan PU Syed dilihat turut menyumpah agar anak-anaknya dijangkiti virus berserta tanda pagar #IslamNeraka.
Saya sumpah! Anak kau akan mati dengan virus.
PU Syed turut menjelaskan bahawa ini adalah pertama kali dia berdepan dengan ancaman bunuh dan dia sama sekali tidak takut malah akan tetap berdakwah dan menegur terhadap perkara yang perlu.
Daripada gaya penulisan pemilik akaun, saya tahu dia menggunakan terjemahan daripada Google. Jadi saya tidak sedikit pun tergugat atau takut, sebaliknya saya akan tetap memberikan teguran jika perlu.
Tidak bercadang membuat laporan polis
Dalam pada itu, penceramah berusia 40 tahun ini berkata bahawa dia tidak akan membuat sebarang laporan polis berkenaan hal ini kerana yakin itu adalah akaun palsu.
Saya tahu ia adalah akaun palsu. Jadi saya tidak merancang untuk membuat laporan polis kerana mesej tersebut sudah pun dipadam.
Ancaman ini sangat biasa bagi mendakwah, bahkan kita dapat melihat dalam sejarah rasul dan para nabi bagaimana mereka diancam.
Terdahulu, PU Syed bertegas agar penganjuran konsert kumpulan Blackpink dibatalkan supaya maksiat dalam negara ini tidak terus berleluasa.
Sumber: Berita Harian