![[VIDEO] Baju Sedondon & Mini Love! Fattah Tak Lepas Pandang Amira Bikin Netizen Tak Keruan! – ‘Ini Bukan Velocity Tapi Velocinta’](https://media.ohbulan.com/2025/04/amira-fattah.jpg)

Kemunculan pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman dalam cabaran trend Velocity di TikTok mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Keluarga Suka, Gembira Tengok Saya Berkawan Dengan Amira’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Keluarga Amira Othman Curi Tumpuan, Mewah Macam Istana – ‘Diorang Kaya Tapi Tak Show Off’
‘Ini bukan velocity tapi Velocinta’
@irfannharis Replying to @Suhaili Sue917 ? suara asli – ???? ft ?? – ?ptranofps
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Irfan Haris (adik Amira), Fattah dilihat beraya bersama keluarga Amira, memandangkan adik-beradik penyanyi itu turut serta dalam rakaman tersebut.
Ketika melakukan cabaran itu, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, dilihat tidak melepaskan pandangan ke arah Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Keluarga Itu juga hanya memandang Amira bagi meniru pergerakan tangan yang dilakukan pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu.
Namun, yang lebih mencuri tumpuan adalah ketika gerakan tangan berbentuk mini love, di mana Fattah menunjukkannya kepada Amira yang berada di sampingnya dan bukan ke arah kamera.
Fattah yang memakai baju berwarna kelabu senada dengan adik-beradik lelaki Amira itu turut mengundang perhatian ramai.
Abang Long kemera dekat depan bukan dekat tepi.
kalau dah baju sama dengan family, datang dari jauh beraya. Apakah itu guys?
Dah kenapa tunjuk mini love dekat Kak Long ek?
Ini bukan velocity tapi Velocinta
Tak faham Abang Long kenapa tengok Kak Long kami lagutu
Serius, Fattah tak boleh cover. Tengok Amira lama-lama.
Sumber: TikTok Irfan Haris






