Ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi tampil menjelaskan tujuan utama Thalita menceburkan diri dalam bidang nyanyian adalah demi menghiburkan hati pendengar. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Genap Tiga Tahun Siti Sarah Meninggal Dunia, Kehilangan Masih Dirasai Hingga Hari Ini

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Nampak Mata Talita ‘Berkaca’ Menyanyi Lagu Kesetiaan – ‘Suara Macam Arwah Ibu Dia’

Bakat Thalita

@suciuwais

Bakat yang ada pada Talita bukan untuk meniru ibu… tapi satu anugerah yang Allah beri. Talita menyanyi bukan untuk kejar nama, tapi untuk hiburkan hati semua orang. Seperti mana ibu selalu buat dulu. Rindu itu tak pernah hilang… setiap lagu yang Talita nyanyi, ada doa yang Talita titipkan untuk ibu. Semoga sampai pada ibu, di sana… #talita #makder #sitisarahraissuddin #sing #love

♬ original sound – Makder – Makder

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Siti Fatimah atau lebih mesra dengan panggilan Makder dilihat merakam momen Thalita mendendangkan lagu berjudul ‘Tinggal Diriku’ yang dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah.

Ujarnya lanjut, bakat Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talita Zahra bukan untuk meniru figura ibunya namun ianya merupakan anugerah istimewa.

Bakat yang ada pada Thalita bukan untuk meniru ibu.

Tapi satu anugerah yang Allah beri. Thalita menyanyi bukan untuk kejar nama tapi untuk hiburkan hati semua orang.

Seperti mana ibu selalu buat dulu.

Rindu itu tak pernah hilang, setiap lagu yang Thalita nyanyi, ada doa yang dia titipkan untuk ibu.

Sama macam Siti Sarah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat gaya nyanyian Thalita yang tidak lari seperti Allahyarham ibunya. Selain itu, warganet titipkan pesanan agar tidak membaca komen negatif dan terus menghiburkan orang ramai dengan bakat nyanyiannya.

Sumber: TikTok @makder