Bapa kepada pempengaruh Indonesia, Fuji iaitu Haji Faisal mengakui menitik beratkan tentang pergaulan anak perempuannya itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dipuji ‘Handsome’ Berbanding Aisar Khaled, Niat Aliff Syukri Nak Berkenalan Dengan Fuji Kena ‘Kacau’ Dengan Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled ‘Gentleman’ Mengorat Influencer Depan Bapa, Siap Tanya Berapa Hantaran – ‘Kalau RM28,000 Ni Cukup Tak?’

Jaga pergaulan Fuji

@bleber_id

Apakah Fuji harus mulai selektif memilih circle? Bleber Fuji HajiFaisal

♬ original sound – Official Bleber – Official Bleber

Menerusi temu bual bersama media Indonesia, Faisal berkata meskipun anak bongsunya, Fujianti Utami sudah dewasa dan memiliki kehidupan sendiri, namun sebagai seorang bapa, dia masih bertanggungjawab memastikan anaknya itu bergaul dengan individu yang berakhlak baik.

Usahawan tekstil itu juga mengakui bimbang terutamanya berkaitan dengan lingkungan sosial dan pergaulan anaknya.

Sebenarnya untuk berkawan, saya protektif. Saya beritahu Fuji, ada beberapa kawan dia yang saya tidak suka mereka bergaul.

Tapi, Fuji berada dalam keadaan serba salah, bagaimana mahu memberitahu individu tersebut dan dalam masa yang sama tak nak orang itu terasa hati.

Faisal mengakui tidak lagi mengenakan peraturan yang ketat kepada Fuji seperti dahulu, termasuk soal menetapkan waktu balik rumah. Hal ini kerana, dia yakin dengan kematangan anaknya dalam membuat sebarang penilaian.

Dia sudah tahu sekarang baiknya. Dia sudah boleh menilai apakah sesuatu itu boleh dibuat atau tidak.

Dalam pada itu, Faisal berkata meskipun tinggal berasingan, namun dia masih memperhati dan mengawal rutin harian termasuk memeriksa rumah anak perempuannya itu.

Ya sejauh ini selaku orang tua, dia juga sudah tinggal berasingan, dia ada rumah sendiri. 

Kami melindungi dia melalui video, setidaknya video call. Pagi-pagi dikawal di rumah juga. Bertanya, siapa saja di rumah, ke mana. Ya setiap hari seperti itu yang boleh kami lakukan.

Sumber: TikTok, Suara.com