berita

[VIDEO] Bapa ‘Gila’ Mengamuk Secara Tiba-Tiba, Bayi 18 Bulan Parah Ditikam, Usus Terburai!

December 13th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kejam dan tidak berperikemanusian! Itu kata-kata yang sesuai menggambarkan tindakan seorang bapa yang sanggup menikam bayinya yang berusia 18 bulan. Kejadian tersebut berlaku semalam, di sebuah rumah di Puchong Permai.

Bayi 18 bulan ditikam

Memetik laporan Sinar Harian, keadaan bayi perempuan itu parah dan ususnya terburai akibat tikaman tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, insiden tersebut berlaku pada jam empat petang, dan ketika itu suspek yang berusia 27 tahun, sedang bersama anaknya di rumah. Namun, suspek ketika itu secara tiba-tiba mengamuk lalu bertindak menikam perut anaknya sendiri.

Sepasukan polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek dan merampas sebilah pisau pemotong roti yang disyaki digunakan untuk menikam mangsa.

Kini, ujian saringan awal air kencing akan dijalankan kepada suspek bagi memastikan suspek positif dadah atau sebaliknya. Mangsa juga telah dikejarkan ke Hospital Serdang bagi rawatan lanjut. Difahamkan bayi tersebut kini, berada dalam keadaan yang stabil.

Video kejadian

 

Sumber: Sinar Harian & Nor Fazlan

SKIP THIS AD ×