Pelakon berpengalaman, Datuk Rosyam Nor berkongsi tentang perubahan dirinya selepas kehilangan arwah bapa tercinta.

Artikel Berkaitan: Jari Cucu Terkena Air Panas, Rosyam Nor Dakwa Kecuaian Rawatan Sebabkan Kecacatan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dalam Filem Aku Kena Jatuh Cinta Dengan Nasha Aziz’ – Rosyam Nor

Bapa meninggal dunia

@acgastv

“Aku tak boleh mengaji untuk bapa aku” Tonton full episod di : 📺 YouTube AC GAS TV #ACGAS #podcast #hitamputihkehidupan

♬ original sound – ACGAS TV – ACGAS TV

Menerusi perkongsian di podcast Hitam Putih Kehidupan, Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin berkata, detik hiba kehilangan bapanya itu menjadi titik kesedaran paling besar apabila menyedari dirinya tidak mampu membaca Al-Quran.

Menurut Rosyam, meskipun memiliki kejayaan dunia tetapi dia berasa kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat menguasai bacaan kitab suci itu.

Daripada orang miskin Allah bagi harta. Daripada nama saya orang langsung tak kenal, Allah bagi nama saya menjulang naik.

Bila bapa saya meninggal, mata dia terbuka setengah..tapi saya nak baca apa?

Saya ambil air wuduk, kemudian baca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas, saya tiup sampai mata sebelah arwah tertutup.

Ketika itulah saya sedar, sebelum ini kononnya akulah Rosyam Nor..tetapi sebenarnya akulah insan yang paling hina.

Bapa saya meninggal dunia, saya tak boleh mengaji untuk dia.

Belajar mengaji

Bercerita lanjut, Rosyam berkata, pertemuan dengan seorang ustaz di sebuah lokasi penggambaran telah mengubah hidupnya untuk menguasai bacaan Al-Quran.

Saya jumpa ustaz saya bukan di masjid tetapi di lokasi penggambaran KL Gangster 2.

Dia minat saya, kerap hantar WhatsApp dan asyik bertanya untuk berjumpa tapi saya malas nak layan.

Nak dijadikan cerita, disebabkan ayah saya meninggal, saya minta pada Allah untuk belajar mengaji.

Tiga bulan dia tak pernah jemu bertanya. Rupanya saya baru tahu dia adalah ustaz, ada lebih 1,000 orang pelajar.

Dia ajar saya mula dari Alif, Ba, Ta. Tapi Alhamdulillah, dengan ketegasan dia, saya belajar sampai khatam.

Tambah pelakon filem Castello itu, perkara tersebut menjadi pengajaran paling berharga dalam hidupnya.

Alhamdulillah sekarang setiap kali saya mengaji saya niatkan untuk arwah bapa.

Saya tak nak perkara yang sama berlaku kepada saya.

Sumber: TikTok AGGasTV