berita

[VIDEO] Belanja Kahwin RM3 Ribu, Tak Bersanding & Tiada Hantaran!

May 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Tidak dinafikan setiap pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga sudah pastinya membuat simpanan tetap setiap bulan bagi digunakan semasa majlis nanti. Tetapi apa yang menghantui pasangan muda ini adalah kos-kos yang perlu ditanggung yang saban hari semakin meningkat.

Bahkan, terdapat pasangan menghabiskan ratusan ribu ringgit bagi menampung segala keperluan majlis termasuk duit hantaran, dan kos-kos yang lain.

Bajet perkahwinan

Foto: Tangkap layar video

Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Nshj96 menerusi satu video di laman TikTok,  tampil berkongsi jumlah yang dibelanjakan oleh kedua-dua pihak semasa majlis pernikahannya. Ujar wanita ini, dia hanya menghabiskan RM3,370 yang merangkumi jamuan yang hanya dihadiri oleh saudara, rakan-rakan dan jiran terdekat.

Total bajet nikah Rm3370, takda majlis sanding hanya nikah dan jamuan saudara, jiran dan kawan terdekat.

Bercerita lebih lanjut, wanita ini turut memperincikan setiap kos yang perlu dibayar merangkumi cincin, pelamin, upah jurugambar, inai dan pihak katering. Pada masa yang sama, wanita ini turut berkongsi berita gembira apabila dia disahkan hamil pada awal bulan Ramadan setelah melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac yang lalu.

Video penuh:

@nshj96Total bajet nikah Rm3370, takda majlis sanding hanya nikah dan jamuan saudara, jiran dan kawan terdekat ? ##MakeItBiggerMY ##DefineFreshChallenge ##fyp?? original sound – ?KroNoLoC?

‘Mak mak tidak akan setuju’

Sumber: Nshj96

SKIP THIS AD ×