Pelakon kacak, Ben Amir mengejutkan peminat apabila membuat keputusan untuk memulakan kehidupan baharu di Pulau Siargao, Filipina, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Ben Amir Nafi Ditaja, Selesa ‘Travel’ Secara Solo Kumpul Kenangan & Pengalaman

Artikel Berkaitan: ‘Aku Bersyukur, Tak Jual Agama Demi Duit & Konten’ – Ben Amir

New life

Perkara itu dimaklumkan menerusi video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.

Menurut Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin dia telah meninggalkan kehidupan kota dan sekarang sedang merancang untuk menyiapkan rumah selain memulakan perniagaan di pulau itu.

Baru-baru ini saya membuat keputusan untuk meninggalkan kehidupan kota dan membina hidup baru di pulau ini.

Tetapi sekarang ini, saya nak biasakan diri dengan kehidupan pulau, berkenalan dengan orang baharu, belajar adat dan budaya Filipina.

Jadi saya mulakan hidup baru, membina impian saya dari bawah dan sekarang saya sedang berusaha untuk menyiapkan rumah, vila, perniagaan dan tidak lama lagi saya mula memulakan ladang saya sendiri.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen memberi sokongan kepada pelakon berusia 35 tahun itu.

Sesetengah mereka mendoakan agar urusan Ben untuk membina kehidupan baharu di negara itu dimudahkan.

Sumber: Youtube