berita

[VIDEO] ‘Berjaga-Jaga Bila Makan’ – Berat Badan Turun Mendadak, Sherry Ibrahim Reda & Ikhtiar Angkara Sihir

May 22nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon, Sherry Ibrahim mendedahkan bahawa dia mengalami gangguan sihir sehingga menyebabkan berat badannya susut.

Artikel Berkaitan: Sherry Ibrahim Gembira Dengan Diri Sendiri, Anggap Jodoh Belum Sampai Lagi

Artikel Berkaitan: Tampil Berniqab Ketika Hadiri Majlis Agama, Netizen Puji Penampilan Sherry Ibrahim – ‘MasyaAllah Cantik Do’oh!’

Berat badan turun mendadak

Menerusi laporan Melodi, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim pada awalnya menyangka berat badannya turun kerana gaya hidupnya yang aktif dan menjaga pemakanan.

Namun, apabila sering diasak tentang pertanyaan tersebut aktres ini akhirnya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan mengakui dirinya sudah terkena ‘buatan orang’.

Mula-mula Sherry memang menjaga pemakanan, Sherry memang aktif bersenam. Sherry dah buat benda ni lama sebenarnya dah bertahun-tahun sekarang ini apabila mereka dah mula bertanya dan mula mengambil berat, tengok di sosial media dan jumpa depan-depan mereka rasa saya tak sihat.

Saya tak pernah masuk hospital jarang demam dan selalu jaga kesihatan diri. Mungkin kerana sejak kebelangkangan ini saya tak ada selera makan.

Tak ada musuh

Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa baik di dalam atau di luar industri hiburan.

Sherry rasa Sherry tak ada musuh dengan sesiapa, saya yakin saya ada perhubungan yang baik dengan semua orang, Kadang-kadang dalam hidup ini kita tak tahu apa orang rasa terhadap kita.

Bagaimanapun, pelakon berusia 40 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana dia kini sedang berada dalam proses pemulihan dan menerima segala ujian yang diberi.

Alhamdulillah saya dah ikhtiar apa yang patut. Lama juga kena… tapi saya okay saya sedang berusaha untuk mengubatinya. insya-Allah apa pun kita kena berserah. Tidak mengapa ini semua keizinan Allah SWT, saya reda dan ikhtiar.

Gangguan ada, pada hujung-hujung…banyak jawapan yang Allah bagi. Sherry memang berserah sahaja, benda macam ini memang kita tak boleh dah..Perkara macam ini berlaku lagi pada zaman moden ini.

Alhamdulillah dah ok. Sherry harap dah tak diganggu. Sherry layak untuk rasa bahagia dan saya tak pernah mendoakan perkara tak baik pada sesiapa pun.

Sementara itu, pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra itu turut menitipkan nasihat agar sentiasa berbuat baik dengan sesiapa sahaja supaya perkara yang terjadi kepadanya tidak berlaku kepada orang lain.

Orang yang terkena ke, mungkin rasa was-was ikhtiar sahaja. Berjaga-jaga bila makan, baca Bismillah. Jangan bergaduh dengan orang, kalau kita rasa itu bukan milik kita kena lepaskan sebab kita bukan milik sesiapa.

@melodiberapi

Alamak siapa buat Sherry Ibrahim ni sampai kurus macamni sekali #meloditv3 #panas #tv3

? original sound – Melodi – Melodi

Sumber: YouTube TV3 Malaysia 

SKIP THIS AD ×