![[VIDEO] Bernadya Gagal Kawal Emosi, Pengawal Peribadi Dijemput Tuhan Dua Hari Sebelum Konsert – ‘Dia Sudah Siapkan Passport’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/bernadya-1.jpg)
Penyanyi meningkat naik yang berasal dari Indonesia iaitu Bernadya gagal mengawal emosi pada malam konsert istimewa ‘Untungnya Untungnya Malaysia Tour’ di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Bernadya Cipta Lagu Inspirasi Kisah Hidup Sendiri, Tak Sangka Karya Dapat Selamatkan Nyawa Content Creator
Artikel Berkaitan: ‘Rahsia Tuhan’ Buat Pengunjung Mengalir Air Mata, Gerimis Pula Iringi Nyanyian Bernadya Di Nyala Fest 2024
Sebak pemergian pengawal peribadi
Bernadya atau nama lengkapnya Bernadya Ribka Jayakusuma, 21, memaklumkan bahawa salah seorang pasukannya iaitu Bung Norgen telah dijemput Tuhan dua hari sebelum konsert di Kuala Lumpur.
Ujarnya sebak, Bung Norgen adalah salah seorang yang paling semangat untuk bersama menjayakan konsert Untungnya Untungnya Malaysia Tour namun tidak berkesempatan untuk turut serta.
Sepatutnya ada salah seorang daripada anggota pasukan kami namanya Bung Norgen ikut serta, tapi dua hari lalu Allahyarham dipanggil Tuhan. Kita doakan sama-sama semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan yang baik.
Kalau kawan-kawan nak tahu, Bung sudah sangat bersemangat siapkan passport untuk ikut ke Kuala Lumpur.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Satu Bulan’ itu memaklumkan bahawa konsert ini merupakan tanda terima kasih atas sokongan luar biasa pada era album ‘Untung Hidup Harus Tetap Berjalan.’
Terima kasih sudah datang meluangkan waktu menonton saya di konsert ini, semoga teman-teman seronok malam ini.
Rangkaian konsert jelajah ini merupakan penutup kepada era album pertama. Saya mahu tunjuk, bahawa saya juga sedia melepaskan era ini dengan imej sedih.
Pembukaan konsert Untungnya Untungnya Malaysia Tour dimeriahkan dengan penyanyi jemputan iaitu Adrian Khalif yang mendendangkan sembilan buah lagu termasuk ‘Asumsi’ duet bersama Bernadya.
Menerusi konsert berdurasi hampir dua jam itu, Bernadya menyanyikan 17 lagu hitsnya antaranya Satu Bulan, Kata Mereka Ini Berlebihan, Apa Mungkin dan Terlintas.








