Pempengaruh media sosial dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril tampil menjelaskan punca individu mati mengejut semasa bersenam.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Isteri Berseloroh Cakap Tel*r Saya Masam, Serius Malu’ – Dr. Say Shazril

Artikel Berkaitan: Anak Dr. Say Shazril Trauma Selepas Kejadian ‘Maid’ Kantoi Bawa Jantan Masuk Rumah – ‘Sefriel Jadi Tak Bersuara’

Mati mengejut

@say_shazril0

Kita boleh siapkan diri kita dengan check jantung & overall health kita. And if u ask me, id say better bersenam waktu malam daripada tak bersenam langsung. Worst case scenario susah nak tido. Jadi tepuk dada tanya jantung sihat ke tak. Kalau tak tahu, marilah kita sama2 check jantung dahulu.

♬ Background music for conspiracy theories, incidents, suspense, horror(1482666) – DELTA2 TRAKCS

Menerusi perkongsian di TikTok, Dr. Say, atau nama sebenarnya Dr. Muhammad Shazril Shaharuddin, menjelaskan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh individu aktif bersukan ialah keadaan jantung yang tidak disedari.

Tambahnya, kenaikan kortisol atau stres hormon semasa bersukan tidak menjadi punca mati mengejut.

Ianya bukan sebab sukan itu bahaya tapi sebab gabungan faktor.

Pertama sekali, disebabkan ada masalah jantung tersembunyi yang tak pernah diperiksa.

Kedua, ramai kerja pejabat, jarang bersenam tiba-tiba bersukan selama dua jam. Jantung jadi terkejut sebab tak biasa dengan perkara tersebut.

Ketiga, sukan yang ada kesungguhan tinggi seperti badminton dan futsal. Kedudukan jantung naik mendadak berbanding joging yang mana kedudukan jantung dalam keadaan steady.

Keempat, tidak warm up. Otot dan jantung terus kena paksa untuk kerja secara maksimal.

Kortisol adalah stres hormon dan menurun waktu malam secara semula jadi.

Bersenam waktu malam atau siang akan naikkan kortisol.

Tapi kenaikan kortisol bukan punca mati mengejut.

Periksa keadaan jantung

Berkongsi lebih lanjut, Dr Say menitipkan pesanan agar sentiasa periksa keadaan jantung sebelum terlambat.

Tegasnya, keadaan badan individu yang sihat bukan bermaksud tiada penyakit.

Kematian mengejut ketika bersukan adalah lebih berkait dengan masalah jantung yang tidak disedari.

Ramai lelaki usia 30 ke 40 tahun nampak sihat tapi ada kolestrol tinggi, darah tinggi, diabetis, arteri tersumbat.

Bukan salah waktu tapi salah persediaan. Bersenam waktu malam sebenarnya okay kalau kita cukup tidur, memanaskan badan dan menyejukkan badan serta ada garis dasar kecergasan.

Jangan main terlalu melampau secara tiba-tiba dan paling penting tahu status kesihatan jantung diri sendiri.

Ingat, tiada gejala tidak bermaksud tiada penyakit.

Sumber: TikTok @say_shazril