Sebelum ini, nama pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies tiba-tiba menjadi bualan hangat netizen apabila video yang memaparkan kemesraan antara mereka berdua menjadi viral di media sosial. Ianya secara tidak langsung menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan dalam kalangan netizen mengenai hubungan mereka.
Video Zul tarik perhatian netizen
Hari ini, nama pelakon kacak ini sekali lagi menarik perhatian ramai selepas dia memuat naik satu video memaparkan dirinya sedang melakukan sesi fotografi bersama pelakon cantik, Nellisa Nizam untuk mempromosikan drama terbaru lakonan mereka iaitu Tarik Aku Ke Syurga yang bakal ditayangkan di saluran TV3.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi spontan pasangan hero dan heroin drama ini yang sedang berposing mesra saat sesi fotografi berlangsung. Sesekali kelihatan Zul dan Nellisa tersenyum sambil berpegangan tangan.
Netizen dakwa Zul memang ‘sweet’
Menjengah di ruangan komen, ada di antara peminat mengakui Zul seorang lelaki yang romantik dan ‘sweet’ bukan sahaja dengan Ruhainies malah dengan semua pelakon yang digandingkan bersamanya. Menurut mereka, Zul Ariffin seorang pelakon yang sangat menjiwai watak dan mudah untuk bekerjsama.
Bagaimanapun ada segelintir netizen seakan kurang senang dengan aksi tersebut memandangkan Zul sebelum ini pernah berkata sudah tidak mahu menyentuh perempuan lagi. Bukan itu sahaja, mereka sempat menasihati pelakon berusia 36 tahun ini supaya menjaga batas pergaulan. Setakat artikel ditulis, Zul Ariffin langsung tidak memberikan sebarang respon ataupun membalas komen netizen berhubung isu tersebut.
Respon netizen
Video
View this post on Instagram
Sumber: Zul Ariffin