berita

[VIDEO] ‘Bibir Kami Sama’ – Iman Troye Tak Kisah Dikatakan Mirip Dengan Wajah Vida

September 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Iman Troye

Penyanyi Iman Troye akui tidak kisah apabila ada segelintir netizen yang menyamakan wajahnya dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida.

Artikel Berkaitan: Iman Troye ‘Tour’ Sekolah Bantu Pelajar SPM Di Kelantan

Artikel Berkaitan: Iman Troye Ziarah Kubur Siti Sarah, Imbau Kenangan Arwah Buat ‘Surprise’ Dekat Sekolah

Terbuka terima pendapat

Iman Troye

Ketika ditemui OhBulan!, Iman berkata dia secara peribadi melihat wajahnya dan usahawan tersebut adalah berbeza. Bagaimapun dia bersikap terbuka dan menerima baik pendapat orang ramai mengenai perkara itu.

Oh mama (panggilan Vida) saya. Memang saya perasan ramai yang kata muka saya dan dia sama.

Saya sendiri tidak lihat wajah kami tidak sama, tapi kalau orang lain nampak sama itu terserah. Sebab mata orang berbeza-beza. Saya terima sahaja pendapat orang.

Iman berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records ‘Most Straight A’s SPM Student In Tuition Centre yang berlangsung di IDCC Shah Alam, pada Sabtu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Teman itu turut memuji peribadi usahawan tersebut yang disifatkan sangat peramah.

Kadang-kadang saya jumpa dia pun kami saling bertegur dan mesra. Dia baik sangat-sangat dan peramah.

Tidak kisah pun orang samakan wajah kami. Kalau mama Vida comel, saya comel jugalah.

Sementara itu, ditanya bahagian manakah yang dirasakan sama dengan wajah Vida, Iman berseloroh menjawab di bahagian bibir.

Mungkin bibir kami nampak saya. Semoga mama Vida sihat selalu.

Sementara itu, Iman yang juga duta bagi pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, seronok melihat ramai pelajar didikan pusat tusyen itu berjaya mencapai keputusan cemerlang menerusi SPM baru-baru ini.

Tugas saya di PTTI sebagai ikon dan duta, jadi saya banyak terbabit dengan siri jelajah yang dilakukan di sekitar negara. Saya pun pernah berada di kerusi adik-adik yang sebagai pelajar menduduki SPM, jadi kehadiran saya untuk menghiburkan memberi semangat kepada mereka untuk belajar.

Saya bersama abang MK K-Clique akan berkongsi banyak perkara bersama mereka. Jujurnya zaman saya dulu tiada PTTI, sekarang ini nak tuisyen pun semuanya mudah, ada atas talian saja. Jadi saya di sini sangat mengalu-alukan pelajar untuk menyertai PPTI kerana sudah terbukti ramai pelajar yang terbabit dapat ‘straight As’.

SKIP THIS AD ×