berita

Iman Troye Ziarah Kubur Siti Sarah, Imbau Kenangan Arwah Buat ‘Surprise’ Dekat Sekolah

August 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Iman Troye

Baru-baru ini, penyanyi Iman Troye dilihat menziarah kubur arwah penyanyi popular, Siti Sarah.

Artikel Berkaitan: Iman Troye Beri Ganjaran RM300 Kepada Pelajar Cemerlang SPM

Artikel Berkaitan: Berjaya Jadi Finalis AJL, Iman Troye Nafi Riak

Rindu Siti Sarah

Iman Troye

Menerusi hantaran di TikTok, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata dia amat merindui sosok arwah penyanyi tersebut. Malah, Iman turut sedekahkan al-Fatihah kepada arwah.

Rindu yang tiada penghujung. adik (Iman) sayang kak Sarah tau. Al-Fatihah buat Siti Sarah Binti Raissuddin.

Dalam pada itu, Iman turut memuat naik sekeping foto lama memaparkan dirinya berpelukan dengan arwah.

Difahamkan, foto berkenaan diambil ketika arwah membuat kejutan kepada Iman di sekolahnya beberapa hari sebelum Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada 2019.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan turut bersama-sama mengimbau momen indah tersebut.

Untuk info, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×