Rosyam Nor

Pelakon Datuk Rosyam Nor bersyukur apabila watak bernama Iman yang dibawakan dalam drama Keluarga Itu mendapat sambutan meskipun ada segelintir penonton yang berasa geli dan kurang senang.

Artikel Berkaitan: ‘Drama Islamik Disulami Kelucah*n, Matlamat Yang Baik Tidak Menghalalkan Cara’ – Dr Ahmad Sanusi Beri Teguran Kepada Erma Fatima

Artikel Berkaitan: ‘Mak Cik Erma..Boleh Lah Buat Drama Tentang Cinta Kepada Tanah Air, Islamik’ – PU Syed Tegur Erma Fatima, Drama Ada Unsur Tak Senonoh?

Penonton geli

Rosyam Nor

Rosyam, 58, berkata, dia hanya melakukan apa yang dikehendaki pengarah, Nur Ain Sharif, Ejump Mohd dan Amor Rizan serta penulis skrip iaitu Erma Fatima.

Jelasnya, drama yang ditayangkan di Slot Lestary TV3 itu mengetengahkan isu sensasi dalam kehidupan keluarga pada masa kini.

Alhamdulillah saya sudah bawa watak itu sebaik mungkin dan membuatkan orang memberi maklum balas.

Kalau ikutkan, apa sangat reaksi yang saya buat pun. Mungkin perbuatan-perbuatan itu membuatkan orang geli.

Tanggungjawab saya untuk bawa watak sebegitu kerana drama itu mahu mengajar. Tetapi mungkin ada di antara perbuatan-perbuatan saya membuatkan orang jijik dan meluat.

Itu lakonan dan alhamdulillah jika orang benci watak itu, saya bersyukur kerana berjaya mempotretkan watak Iman seperti dikehendaki Erma dan Ain serta skrip itu.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana Raya Astro 2025 yang berlangsung di sebuah hotel, pada Rabu.

Hanya lakonan

Rosyam Nor

Disoal mengenai mimik muka miang yang sering dibuat dalam drama tersebut didakwa menyindir seseorang, Rosyam menafikan perkara itu.

Bagi saya tidak membabitkan sesiapa. Saya berlakon tidak nak tuju pada siapa-siapa. Berbekalkan bakat dan pengetahuan saya sahaja.

Malah itu berlaku kepada semua orang kalau nak menggatal atau membuat panggilan pada wanita wajah-wajah demikian yang akan muncul.

Perkara ini memang berlaku kepada masyarakat dan perlu dikupas supaya menjadi pengajaran untuk generasi akan datang.

Kalau kita nak sorok susahlah sebab sebenarnya medium hiburan itu juga boleh jadi platform untuk dakwah. Jadi jika kita melihat kepada kebaikan.

Tambah pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM26 itu lagi, penonton hendaklah melihat drama berkenaan sehingga tamat sebelum membuat sebarang penilaian terburu-buru.

Drama ini tidak boleh dinilai daripada sedutan atau klip pendek di media sosial. Baru ditayangkan enam episod, macam mana nak cakap benda itu menjijikkan dan memberi tafsiran yang pelbagai.

Bagi saya okay sahaja bila ada tokoh agama dan orang ramai komen, maknanya orang menonton. Alhamdulillah saya diberitahu episod pertama rating sebanyak 3 juta.

Selain Rosyam, Keluarga Itu yang mula disiarkan sejak 28 Februari lalu turut menampilkan Datin Seri Umie Aida, Izara Aishah, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Muaz Zabir, Melissa Campbell dan ramai lagi.