berita

[VIDEO] Bila Dah Habis Belajar & Jadi Kaya, Lelaki Ni Buat-Buat Tak Kenal “Siapa” Yang Pernah Bantu Dia Dulu

March 22nd, 2024 | by Nurul
Kini Trending

Korang pernah tak berdepan dengan situasi bila dah tolong seseorang suatu ketika dahulu, tiba-tiba bila dia dah berjaya, dia buat-buat tak kenal kita pulak.

Haa..manusia ni memang cepat lupa. Macam si Fendi ni lah, sampai hati dia lupakan “siapa” yang pernah tolong dia sambung belajar 10 tahun dahulu sampai berjaya sehingga sekarang ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

Ohhh..rupanya “siapa” yang dimaksudkan tu adalah…

Kalau korang nak tahu, “siapa” yang dimaksudkan dalam video ni adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Memang berjasa betul PTPTN ni pada masyarakat Malaysia terutamanya para pelajar. Yelah, bukan sahaja membantu meringankan bebanan kewangan kita untuk sambung belajar, malah dengar cerita, siap nak bagi diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN lagi!

PTPTN beri insentif diskaun bayaran balik pinjaman bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 ini

Berita baik untuk peminjam PTPTN semua, inilah masanya untuk korang selesaikan pinjaman PTPTN korang tu sambil nikmati diskaun yang PTPTN tawarkan. Bestnya!

Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN meliputi tiga (3) kategori seperti berikut:

  1. Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  2. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
  3. Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Untuk pengetahuan korang, semua peminjam termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan adalah layak menikmati insentif ini.

Peminjam yang hendak membuat penyelesaian penuh pinjaman atau bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang pinjaman dalam sekali bayaran perlu memohon pengesahan baki pinjaman sama ada melalui portal rasmi PTPTN, aplikasi myPTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang telah disediakan.

Manakala, bagi peminjam yang sedang membuat bayaran melalui saluran potongan gaji atau debit terus (direct debit) adalah layak menikmati diskaun 15% ini secara automatik tertakluk bayaran diterima oleh PTPTN dalam tempoh diskaun.

Kempen Bayar Konsisten, Hati Senang

PTPTN juga tampil dengan Kempen Bayar Konsisten, Hati Senang untuk menggalakkan peminjam PTPTN melaksanakan bayaran balik pinjaman PTPTN secara konsisten, mudah dan selamat secara potongan gaji dan debit terus (direct debit). Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN dan tempoh kempen mulai 1 Januari 2024 sehingga 31 Mei 2024.

Hadiah yang ditawarkan juga adalah lumayan berjumlah RM70,000 untuk 62 pemenang melibatkan dua (2) kategori iaitu potongan gaji dan debit terus (direct debit). Hadiah bagi pemenang utama berupa RM5,000 kepada seorang pemenang setiap kategori dan RM1,000 kepada setiap pemenang saguhati untuk 30 orang pemenang setiap kategori. Hadiah diberikan adalah wang tunai berbentuk bayaran balik pinjaman atau Simpan SSPN.

Jangan lupa untuk semak diskaun yang diberikan dalam penyata pinjaman masing-masing mulai tujuh (7) hari bulan pada bulan berikutnya melalui portal rasmi PTPTN atau aplikasi myPTPTN tau!

Jadi, apa tunggu lagi, baik korang rebut peluang keemasan ni cepat-cepat.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari portal rasmi PTPTN atau hubungi PTPTN melalui saluran berikut:

  • Muat turun aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat.
  • Careline PTPTN di 03 – 2193 3000
    (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
  • Live Chat di portal PTPTN
  • E-AduanPTPTN
  • Eksekutif Jualan PTPTN
  • Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

SKIP THIS AD ×