berita

[VIDEO] ‘Bila Kau Puji Perempuan Lain Begitu…Kita Isteri Ni Rasa Geli’

August 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Tiktok, gelagat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berjaya mencuri perhatian netizen. Mana taknya, Aeril sempat mengusik Wawa dengan menyebut nama wanita lain.

Geli suami puji wanita lain

Menerusi rakaman video tersebut, Wawa kelihatan sedang menunjuk rekaan tudung daripada jenama keluarannya sendiri. Pada waktu tersebut juga, Aeril sempat mengusik isterinya dengan menyebut nama pelakon, Sophia Albarakbah. Susulan daripada itu, reaksi Wawa terus berubah dan menjeling Aeril.

Sofia yang mana? Sophia Albarakbah?,” soal Aeril menyakat isterinya.

Ujar Wawa, dia tidak mempunyai masalah dengan Sophia, namun terasa geli apabila suaminya memuji wanita lain dengan gaya yang manja.

Aku tak ada masalah dengan orang tu. Cumanya statement kau tu menggelikan. Puji puji orang manja dia eii gelinya aku dengar. Lelaki ni tau puji puji perempuan lain, yihh!

Tidak henti di situ, Aeril dilihat cuba mempertahankan diri dengan berkata dia hanya memuji ciptaan Tuhan.

Kita kan menghargai keindahan Tuhan. Jadi dapat pahalalah kita puji ciptaan Tuhan.

Pada masa yang sama, Wawa turut mempersoalkan tindakan Aeril yang tiba-tiba memberikan kenyataan Sophia Albarakbah seorang wanita yang sangat manja.

Masalahnya bila kau puji perempuan lain begitu, yang kita isteri ni merasa geli. Kau faham kah geli, geli geli! Kenapa ketika itu kau terkeluar statement begitu ‘Ya dia sangat manja’, aku dalam hati dia ni bikin geli betul puji perempuan lain.

Terdahulu, Aeril pernah memuji perwatakan aktres Sophia Albarakbah seorang yang sangat manja ketika disoal mengenai kerjasama mereka bersama dalam sebuah drama.

Video

@w4wazainal

Pecah perut????

? original sound – Wawacosmetics – Wawacosmetics

Sumber: Wawa Zainal

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×