Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan dia pernah bergandingan dengan aktres Sophia AlBarakbah menerusi drama Tercipta Satu Ikatan pada 2021.
Artikel Berkaitan: Dituduh Bertepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi, Bella Astillah Balas Aliff Bukan Malaikat – ‘Dia Ada Niat Nak Berubah’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Baik Label Sophia Pelacur, Fitnah Besar Itu’ – Azhar Sulaiman
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedang Buat Satu Drama, Sophia AlBarakbah Sahaja Heroin’ – Aliff Aziz
Anggap sebagai kawan
Ketika ditemui OhBulan!, Aeril menyatakan perwatakan Sophia memang akan mencuri hati individu yang mudah jatuh cinta. Kata aktor berumur 34 tahun ini, Sophia memiliki personaliti yang manja, baik dan lemah lembut.
Bagi saya dia (Sophia AlBarakbah) baik. Lemah lembut. Karakternya manja. Mungkin ada yang senang jatuh hati.
Itu pendapat saya. Tapi saya anggap Sophia sebagai kawan sahaja. Sepanjang saya pernah bergandingan dengannya, untuk orang yang mudah jatuh hati, memang akan tertarik dengan Sophia.
Aeril berkata demikian ketika sesi sidang media drama berjudul Serpihan Sayang, yang diadakan di Park 88, Damansara, pada Selasa.
Drama terbitan Padi Pictures Sdn. Bhd.ini akan mengisi slot Samarinda di TV3 yang turut menampilkan barisan pelakon hebat lain antaranya Fasha Sandha, Shahz Jaszle, Elisya Sandha dan Zarina Zainoordin.
Saya tak boleh curang
Ditanya mengenai kontroversi curang yang kerap terjadi, pemilik nama Suhairil Sunari berkata perbuatan itu bergantung atas diri sendiri. Katanya, curang bukan saja boleh berlaku di platform media sosial.
Kalau nak curang, dalam aplikasi Waze pun boleh. Tak perlu media sosial lain. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri.
Tapi bukan untuk saya. Saya tidak boleh buat begitu (curang). Bukan sebab isteri (Wawa) sahaja, tetapi sebab saya juga perlu menjaga nama dan imej.
Dalam pada itu, usahawan terkenal ini mengakui menjadi lebih berhati-hati apabila rata-rata warganet menjadikan dirinya sebagai suami contoh.
Sebenarnya bila orang sudah letakkan saya di kedudukan sebegitu, saya perlu lebih berhati-hati. Itu antara pemangkin untuk saya terus setia.
Tapi godaan itu tetap ada. Cuma terpulanglah pada kita untuk melayan godaan itu atau tidak. Wawa percaya dengan saya. Jadi saya tidak boleh hancurkan kepercayaan itu.