Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), mengupas isu mengenai peranan anak dalam menegur kesilapan ibu bapa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Yang Tidak Solat Lebih Jahat Daripada Iblis’ – Ustaz Azhar Idrus

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Lelaki Tayang Dada – ‘Tak Boleh Buka Bahagian Atas Badan Depan Perempuan Ajnabi’

Tak salah tegur kesalahan mak ayah

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Azhar Idrus menjelaskan bahawa dalam sesebuah keluarga, kebenaran atau kesilapan boleh berlaku pada sesiapa sahaja, termasuk ibu bapa. 

Oleh itu, anak-anak berhak untuk menasihati ibu bapa sekiranya mereka melakukan kesilapan.

Bila ayah buat salah, anak boleh nasihat. Bila mak tak betul, anak tak salah tegur mak.

Jangan fikir mak semua betul.

Adakala anak betul, adakala mak betul. Dan adakala mak pun tak betul, anak lagi tak betul. Itulah manusia.

Oleh itu, tidak wajar untuk menganggap diri mereka sentiasa benar hanya kerana status sebagai ibu bapa.

Jadi jangan bila dah jadi ayah, ingat semua betul. Salah.

Bagaimanapun, jelasnya lagi, teguran mestilah dibuat dengan penuh adab dan rasa hormat.

Bila kita nak tegur ibu bapa, ada adab.”

Antara adabnya, wala tanharhuma (janganlah engkau menengking mereka), jangan suara kamu tinggi di hadapan ibu bapa.

Ibu bapa boleh tinggi suara dengan anak. Anak tak boleh dengan ibu bapa.

Sumber: TikTok