![[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Lelaki Tayang Dada – ‘Tak Boleh Buka Bahagian Atas Badan Depan Perempuan Ajnabi’](https://asset.ohbulan.com/2025/11/ustaz-azhar-22.jpg)
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, memberikan penjelasan berhubung tindakan segelintir kaum Adam yang sengaja mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Situasi Yang Dibenarkan Untuk Isteri Lari Dari Rumah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Berkhatan Untuk Kanak-Kanak Autisme
Aurat lelaki
Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar menegaskan bahawa lelaki tidak dibenarkan untuk menonjolkan bahagian atas badan mereka di hadapan ajnabi, terutama apabila ada wanita yang berada di tempat yang sama.
Sebagai lelaki, tak boleh buka bahagian atas badan di hadapan perempuan ajnabi.
Aurat kamu dengan mahram, pusat sampai lutut. Bila perempuan datang ke rumah, kena tutup badan.
Itu aurat lelaki dalam pendapat Imam Syafie kena tutup seluruh badan.
Larangan tersebut adalah kerana perbuatan tersebut boleh menimbulkan rasa syahwat kepada wanita yang melihat bahagian dada atau tubuh lelaki yang terdedah.
Justeru, setiap lelaki dituntut untuk sentiasa menjaga batas aurat dan adab berpakaian selain memelihara kehormatan diri.
Orang perempuan bila tengok dada lelaki, itu syahwat sebab itu kena tutup.
Contohnya masa cuci kereta, jiran kita anak dara tengok. Tak boleh macam itu.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)