berita

[VIDEO] Bimbang Dijangkiti Koronavirus, Keluarga Kurung Anak Baru Pulang Dari Wuhan Dalam Bilik

January 31st, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Angka kematian dan jumlah individu yang dijangkiti wabak koronavirus di China semakin meningkat. Hal tersebut menimbulkan ketakutan yang teramat buat masyarakat di China dan beberapa buah negara yang lain.

Jika korang mengikuti perkembangan wabak tersebut, individu yang mempunyai simpton dijangkiti akan diarahkan untuk dikuarantin sehingga disahkan sembuh. Menerusi laporan World of Buzz, seorang lelaki yang bekerja di daerah itu, dipercayai dikurung oleh keluarganya sewaktu pulang ke rumah. Sedihnya!

Tidak mahu cakap dan berada dekat

Menurut laporan, selain tidak mahu berkomunikasi, ahli keluarga lelaki tersebut tidak mahu berada berdekatan dengannya. Lebih menyedihkan, mereka mengurungnya di dalam sebuah bilik dengan sepapan kayu. Walaupun pernah merayu untuk keluar dari bilik tersebut, ahli keluarga lelaki itu langsung tidak mempedulikannya.

Sebelum ini ada juga beberapa video viral menunjukkan orang ramai bertindak sedemikian terhadap mana-mana individu yang baru pulang dari Wuhan. Seperti video berdurasi 1:19 saat ini, seorang wanita dilihat cuba menghalang seorang lelaki keluar dari tingkap. Malah, cermin tingkap tersebut turut pecah sebaik sahaja wanita itu menggunakan sebuah kerusi kayu untuk menghalang lelaki tersebut dari terus keluar melalui tingkap.

How will they eat

Menerusi ruangan komen, netizen memberikan pandangan bahawa wanita tersebut mungkin berada dalam keadaan yang panik semasa melakukan perbuatan itu. Namun, ada juga dalam kalangan netizen yang prihatin terhadap kebajikan lelaki itu.

Sumber: World Of Buzz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×