berita

[VIDEO] Boikot Jenama Balenciaga, Pemuda Ini Dipuji Sanggup Pulangkan Beg Ke Butik – ‘Awak Patut Berbangga’

December 10th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Baru-baru ini, tular jenama terkenal antarabangsa, Balenciaga dengan isu kempen yang menyokong Pedophilia. Isu tersebut menjadi bualan hangat netizen dan disarankan untuk memboikot daripada membeli jenama tersebut.

Artikel Berkaitan: Pasangan Korea Selatan Jarak Usia 13 Tahun Dikecam, Suami Dicop Pedofil

Artikel Berkaitan: Lelaki Pedofilia Bersalah Rogol Anak Tiri Dijatuhi Hukuman ‘Buang’ Alat Jantan 

Banteras Pedhopilia

@zaffy_indahouse

Because f$&k you Balenciaga. #balenciaga #refund

? Goodbye Yellow Brick Road – Remastered 2014 – Elton John

Susulan itu, seorang lelaki bertindak memulangkan semula barang mewah miliknya kepada butik jenama terbabit.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, lelaki itu kelihatan sedih dan berat hati untuk memulangkan beg miliknya itu. Namun, dia tetap meneruskan langkahnya demi memboikot jenama itu serta membanteras Pedophilia.

Raih pujian dari netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen-komen positif dengan memuji tindakan lelaki tersebut.

Ada juga segelintir pengguna media sosial yang ‘memujuk’ lelaki itu dengan menyuruhnya berbangga kerana telah menyelamatkan kanak-kanak daripada perbuatan terkutuk.

Sementara itu, Pengarah Kreatif Balenciaga iaitu Demna Gvasalia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan bertanggungjawab dengan kontroversi yang berlaku.

Saya ingin memohon maaf secara peribadi atas pilihan konsep artistik yang salah untuk kempen pemberian hadiah dengan kanak-kanak dan saya mengambil tanggungjawab itu.

Adalah tidak wajar untuk meminta kanak-kanak mempromosikan objek yang tiada kaitan dengannya.

Walaupun saya kadang-kadang ingin mencetuskan pemikiran melalui kerja saya, saya tidak pernah berniat untuk melakukannya dengan subjek yang teruk seperti penderaan kanak-kanak yang saya juga banteras.

Sumber: Tiktok @zaffy_indahouse, The Guardian

SKIP THIS AD ×