![[VIDEO] Bonda Rozita Kongsi Bibit Perkenalan Dengan Suami – ‘Saya Langsung Tidak Pandang Muka Dia …’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/boinda-dua.jpg)
Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menceritakan kembali bibit perkenalan bersama suaminya, Aidiamin Ahmad yang membuatkannya tertarik dan mengambil langkah dengan berkahwin.
Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Kata Tak Selesa, Tapi Awak Tetap Post Juga’ – Anak Bonda Rozita Bidas Rebecca Nur Al Islam?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Ibrahim Tak Sanggup Cerita Keburukan Bekas Suami – ‘Itu Prinsip Saya, Anak Sendiri Pun Tak Tahu’
Wanita yang mulakan langkah

Menerusi potongan klip yang dimuat naik, Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita mempersoalkan sebab suaminya tidak berkahwin dengan wanita muda kerana dia mempunyai ramai kenalan muda.
Namun, abang kepada pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam itu berseloroh menjelaskan dia memilih untuk tidak berkahwin dengan wanita muda kerana Bonda telah menguratnya terlebih dahulu.
Yang tua sampai dulu dan pinang (mengurat) dahulu.
Maksud saya pinang itu bukan hantar rombongan, tetapi lebih kepada cara percakapan kerana awak lebih kedepan daripada saya.
Memang pertemuan pertama, saya yang jumpa awak dahulu tetapi awak yang WhatsApp terlebih dahulu.
Jumpa sekejap sahaja

Menurut ibu kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, dia tidak berhubung dengan mana-mana lelaki sebelum berjumpa dengan suaminya.
Kata Bonda Rozita, dua minggu sebelum tarikh mereka berjumpa dia telah melakukan solat hajat berdoa supaya dipertemukan dengan insan yang terbaik.
Jujur saya cakap saya tidak kenal dengan mana-mana lelaki pada ketika itu.
Bila dalam kesedihan saya doa kepada Allah, doa saya ‘Wahai Allah, beratnya ujian aku ini. Boleh tak kalau putuskan sesuatu apa yang terbaik dalam hidup aku’.
Masa saya berjumpa dengan dia tu, saya jumpa bertiga. Ketika pertemuan, saya langsung tidak pandang muka dia sebab saya segan.
Kami berjumpa memang tidak lama dalam 10 hingga 15 minit kerana saya hadkan.
Dalam pada itu, Bonda Rozita turut mengaku dia melakukan langkah pertama dengan berkongsi nombor telefonnya dan memberanikan diri menghubungi Aidiamin Ahmad.
Sumber: TikTok








