![[VIDEO] Bonda Rozita Nafi Dakwaan Tak Bayar Kontraktor Rumah Mewah Di London – ‘Saya Tak Pernah Lari’](https://media.ohbulan.com/2025/05/bonda-rozita.jpeg)
Didakwa tidak membayar kontraktor yang melakukan kerja ubah suai rumahnya yang terletak di London, England, pempengaruh dan usahawan, Bonda Rozita Ibrahim tampil memberi respon.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Didakwa ‘Cuci Kaki’, Rozita Ibrahim Nasihat Netizen – ‘Jangan Hina Orang, Saya Pun Tidaklah Kaya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Ibrahim Tak Sanggup Cerita Keburukan Bekas Suami – ‘Itu Prinsip Saya, Anak Sendiri Pun Tak Tahu’
Nafi tak bayar
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Bonda Rozita menafikan dakwaan tersebut malah memaklumkan dia tidak pernah lari dari membuat bayaran yang mencecah puluhan juta ringgit.
Projek mega untuk Rumah Hutan Bonda, kilang untuk bahan-bahan mentah, semuanya puluhan juta dan saya tak pernah lari dari buat bayaran.
Dah berhubung dengan peguam
Dalam masa yang sama, ibu kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri itu turut menegaskan bahawa dia telah berhubung dengan peguamnya di London bagi tindakan lanjut.
Saya dikatakan tidak membayar hutang kepada kontraktor saya. Kontraktor ke? Saya taknak ulas lanjut tentang hal ini.
Tindakan telah pun diambil, peguam di London dan juga peguam di Malaysia. Kita nantikan tindakan peguam saya untuk selanjutnya.
Sumber: IG Bonda Rozita