berita

[VIDEO] Boy Iman Nafi Menipu, Dakwa Diri Kena Aniaya

April 25th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Boy Iman dan tiga individu lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini (Selasa), atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, pada minggu lalu.

Artikel Berkaitan: Nafi Scam Peniaga, Boy Iman Dedah Diri Hanya Makan Gaji – ‘Saya Bukan CEO Syarikat’

Doakan saya

Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43, Norazah Sahud, 51, Norzana Rapie, 51, dan Nor Azmi Jantan, 49, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Ahli perniagaan itu juga sempat memohon doa orang ramai dan mengatakan dirinya telah dianiaya.

Doakan saya ya…teraniaya ni.

Pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abdul Halim.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdayakannya dalam urusan penjualan dan penyewaan tapak perniagaan sempena festival Hooray X Fest Raya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan wang RM1,500.

Kesalahan itu dilakukan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada jam 2.34 pagi, 19 April lalu.

Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin yang mengendalikan kes menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh.

Namun, keempat-empat tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Syakir Mohamad Fauzi dan Earnest Azad memohon ikat jamin paling rendah kerana masing-masing mempunyai tanggungan.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Jun depan.

Sumber: Harian Metro, Instagram malaysiagazette

SKIP THIS AD ×