![[VIDEO] ‘Buat Kena Sabar’ – Neelofa Kongsi Cara Mudah Buat Capati, Dedah Bilal & Abbas Suka Makan Dengan Madu & Susu Kambing](https://asset.ohbulan.com/2026/02/neelofa-dua.jpg)
Atas permintaan ramai, usahawan selebriti, Noor Neelofa berkongsi semula resipi capati miliknya yang pernah tular sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Akui ‘Picky’ Dalam Pilih Barangan Masak, Aksi Lincah Di Dapur Curi Perhatian Netizen
Artikel Berkaitan: Neelofa & PU Riz Jawab Dakwaan Bayaran Kelas Agama Harga ‘Kayangan’ – ‘Kami Buat Di Hotel 5 Bintang, Makanan Mewah & Ada Goodies Bag
Resipi capati
Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa mengakui mendapat banyak permintaan ramai berkenaan capati yang sering dibuat untuk anak-anaknya, iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Kata Neelofa, keluarganya kerap menikmati hidangan capati bersama sayur goreng, kuah dal, dan kacang kuda.
Namun, kedua-dua anaknya mempunyai citarasa berbeza.
Dedahnya, Bilal lebih gemar menikmatinya dengan madu, manakala Abbas pula lebih suka bersama susu kambing.
Difahamkan resipi itu hanya memerlukan empat bahan sahaja iaitu tepung atta, garam, minyak zaitun dan juga tepung gandum.
Buat capati kena sabar, jadi masukkan air sedikit demi sedikit (selepas letak tepung atta). Uli dengan lemah lembut.
Masukkan garam dahulu baru air.
Menurut Neelofa, tepung tersebut juga boleh diuli menggunakan mesin pengadun dan pastikan hasilnya lembut.
Gelekkan adunan itu pastikan tidak terlalu tebal atau nipis. Saya goreng tak pakai minyak hanya perlu pastikan kuali itu betul-betul panas baru letak.
Kalau masa masak adunan tu kembung, itu adalah petanda yang bagus.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
