![[VIDEO] Neelofa Akui ‘Picky’ Dalam Pilih Barangan Masak, Aksi Lincah Di Dapur Curi Perhatian Netizen](https://asset.ohbulan.com/2026/01/Neelofa-minyak-masak.jpg)
Usahawan selebriti, Noor Neelofa, mengakui dia seorang yang teliti dalam menyediakan barangan masakan untuk keluarga.
Artikel Berkaitan: Neelofa & PU Riz Jawab Dakwaan Bayaran Kelas Agama Harga ‘Kayangan’ – ‘Kami Buat Di Hotel 5 Bintang, Makanan Mewah & Ada Goodies Bag’
Artikel Berkaitan: Neelofa Kongsi Perjalanan Umrah, Susah Nak ‘Move On’ Selepas Balik KL – ‘Separuh Jiwa Masih Di Sana’
Sangat teliti bahan masakan

Menurut Neelofa, dia sangat menitikberatkan setiap hidangan kerana makanan itu akan menjadi darah daging keluarga.
Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia akan memastikan setiap bahan yang digunakan berkualiti dan dihasilkan secara bertanggungjawab serta mampan.
Selalunya bila masak untuk keluarga, saya memang agak picky (teliti) dengan barang yang saya guna, sebab apa yang masuk ke dapur, itulah yang masuk ke badan orang yang kita sayang.
Masak dengan tenang, hati pun rasa lebih yakin.
Puji pengetahuan tinggi
Menjengah ke ruangan komen, warganet kagum dengan pengetahuan ibu kepada dua cahaya mata ini tentang bahan yang digunakan.
Selain itu, ramai turut terpesona melihat kelincahan Neelofa beraksi di dapur ketika memasak.
Untuk info, Neelofa berkahwin dengan Haris Ismail, yang lebih dikenali sebagai PU Riz, pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Sumber: Instagram








