berita

[VIDEO] Buat Trend TikTok Dengan Baju Celoreng Bomba, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Mierul Aiman – ‘Sound Manual Dia Bagi’

September 27th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Mierul Aiman Buat Trend TikTok

Bila sebut sahaja nama Mierul Aiman, pastinya ramai gadis akan teruja dengan pelakon tampan yang sedang meningkat naik ini.

Populariti juara Hero Remaja 2021 ini mula mencanak naik selepas menjadi tunjang utama bagi drama siri terkenal Projek: High Council.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mierul Aiman Disamakan Dengan Mail Upin & Ipin, Netizen Terhibur

Buat trend TikTok

@belladowanna ?? #TheCadetsOnCeria ? original sound – Bella D

Terbaharu, pelakon berusia 25 tahun itu mencuri perhatian wargamaya melakukan trend di TikTok bersama beberapa pelakon yang lain seperti Fimie Don, Bella Dowanna dan Jaz Khan di dalam hutan.

Menerusi video yang dimuat naik Bella Dowanna di TikTok, mereka yang mengenakan pakaian celoreng bomba difahamkan sedang berehat sebentar sewaktu sewaktu menjalani penggambaran bagi sebuah drama.

Apa yang menghiburkan hati apabila Mierul secara spontan melakukan muzik latar sendiri.

Respon netizen

Mierul Aiman Buat Trend TikTok

Mierul Aiman Buat Trend TikTok

Mierul Aiman Buat Trend TikTok

Mierul Aiman Buat Trend TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah serta perangai gila-gila yang ditonjolkan Mierul bersama pelakon-pelakon yang lain.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima lebih 1. juta tontonan dan lebih 200,000 tanda suka.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×