berita

[VIDEO] Budak Lari Dikejar Monyet Selamba Paut Kaki Wartawan Masa Live Bikin Berdekah– ‘Tak Apa, Abang Ada’

October 26th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Kerjaya sebagai wartawan bukanlah satu pekerjaan yang mudah lebih-lebih lagi apabila perlu membuat liputan secara langsung tanpa sebarang skrip disediakan. Tak dinafikan, bermacam-macaam dugaan dan rintangan yang perlu ditempuhi para wartawan apabila menjalankan tugasan di luar.

Baru-baru ini, satu liputan secara langsung yang dilakukan seorang wartawan Fareez Azman bertukar menjadi lucu apabila seorang kanak-kanak secara tiba-tiba berpaut pada kakinya akibat dikejar monyet.

Budak berpaut pada kaki masa ‘live’

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Fareez Azman sedang melakukan liputan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara langsung di Teluk Cempedak, Pahang. Namun siapa sangka, ketika fokus melakukan tugasannya tiba-tiba dia didatangi seorang kanak-kanak lelaki yang menjerit ketakukan akibat dikejar seeokor monyet kerana memegang kotak minuman.

Lebih melucukan apabila melihat kanak-kanak itu dengan selambanya berpaut pada kaki Fareez  yang ketika itu sedang melakukan liputan secara langsung. Wartawan ini bagaimanapun tidak melenting sebaliknya dia cuba menenangkan kanak-kanak terbabit sebelum kembali melakukan tugasannya.

Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan dan menerima pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata daripada mereka memuji tahap profesionalisme wartawan ini yang mampu mengawal situasi itu dengan baik.

Video

Komen

Sumber: Fareez Azman

SKIP THIS AD ×