berita

[VIDEO] Budak Sekolah Kantoi Berduaan Dalam Tandas Mall, Bila Pintu Diketuk..Masing-Masing Membisu!

July 26th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

BERDUA-DUAAN DALAM TANDAS

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sepasang remaja lelaki dan perempuan ditangkap berdua-duaan di tandas sebuah pusat membeli-belah di Indonesia.

Kantoi berduaan dalam tandas

berduaan dalam tandas

Kejadian tersebut disedari oleh pengguna tandas yang lain selepas terlihat bayangan dua pasang kaki di dalam tandas yang sama. Mereka kemudian mengetuk pintu tandas berkenaan tetapi pasangan terbabit yang masih mengenakan uniform sekolah dikatakan mendiamkan diri tanpa kata. Namun siapa sangka, mereka akhirnya mengalah dan keluar dari tandas berkenaan.

Dalam satu berita lain, ada yang mendakwa pasangan terbabit melakukan perbuatan kurang sopan namun ada yang mendakwa pelajar lelaki berkenaan pada awalnya hanya menunggu di luar namun masuk ke ruangan tandas berkenana selepas terdengar perempuan itu menangis di singki.

Perempuan itu malah menjerit dan berlari masuk ke dalam salah satu tandas. Si lelaki yang panik melihat ada wanita lain memasuki tandas itu terus berlari masuk ke tandas yang sama dengan pelajar perempuan terbabit.

Mereka kemudian diserahkan kepada pihak pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan untuk tindakan lanjut.

Video

Sumber: Tribunnews, TikTok

SKIP THIS AD ×