Pelakon versatil, Syafiq Kyle kini menjadi antara pemilik kereta mewah jenis Mercedes-Benz model G-Class (G-Wagon).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Beli Lamborghini Aventador SVJ? Netizen Respon; ‘Rezeki Kahwin’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Dedah Mimi Lana Dah Lama Idam Nak Anak Kembar – ‘Doakan’

Milik Syafiq 

@fuad_samsuddin

Settle dah delivery utk kereta Syafiq & Mimi. . Ini baru ada gaya. . . Kalau nak cari kereta idaman & nak pakai kereta utk raya boleh roger2 ya. . . ☎️ 019.670.5370 Fuad Samsuddin @dtcmotors @Lynn Rhazali #syafiqkyle #bloodbrothers #mercedesgclass #CapCut

♬ original sound – Fuad Samsuddin – Fuad Samsuddin

Seorang penjual kereta mewah terpakai (recon) iaitu Fuad Samsudin, memuat naik video yang memaparkan dirinya telah selesai menghantar kenderaan tersebut kepada Syafiq.

Settle delivery kereta untuk Syafiq dan Mimi.  

Dalam pada itu, Syafiq atau nama lengkapnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dilihat sangat gembira dan mengucapkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki mempunyai kereta mewah tersebut.

Alhamdulillah saya pun dah dapat kereta saya.

Pihak tak bertanggungjawab

Sementara itu, Fuad turut tampil menjelaskan berkenaan dakwaan bahawa aktor kacak tersebut telah membeli sebuah kereta Lamborghini SVJ seperti yang tular sebelum ini.

Hari itu pihak yang tak bertanggungjawab kebetulan ada di showroom semasa datang tengok kereta, mereka minta bergambar. Selepas itu buat posting yang misleading. 

Memang plan dia dari awal nak cari G Class, ini baru kereta dia keluar.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu bergambar bersama sebuah kereta Lamborghini SVJ berwarna biru.

Hantaran tersebut telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang rata-rata tertanya-tanya sama ada kereta mewah itu benar-benar milik Syafiq atau tidak.

Sumber: TikTok Fuad Samsudin