Busana pelakon Eyka Farhana pada majlis malam resepsi mencuri perhatian wargamaya dengan mengenakan warna putih yang penuh sentuhan elegan.

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Sah Milik Akhyar Rashid Dengan Sekali Lafaz

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyka Farhana Masak ‘Butter Chili Crab’ Untuk Sahur, Netizen Tanya Mana Beli Kerajinan – ‘Ini Kalau RM30K Pun Tak Complain’

Busana pengantin dipuji

@ehmalaysia Eyka Farhana dan Akhyar Rashid mengenakan persalinan Rizman Ruzaini untuk acara resepsi #EykaAkhyarnya malam ini. Eyka disolek oleh Sahir Sabri dan dandanan oleh Ckay Liow #ehmalaysia ? suara asli – astrooo?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat bersama Akhyar sedang menjalani sesi bergambar sebelum malam resepsi bermula.

Pada video yang berdurasi 15 saat itu, Eyka meraih pujian daripada wargamaya dengan gayanya yang ringkas dan minimalis.

Difahamkan, busana yang menjadi pilihan pelakon berusia 30 tahun itu merupakan rekaan daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Cantik dan manis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan kecantikan pelakon drama Budak Tebing yang luar biasa itu. Selain itu, warganet turut memuji pemilihan busana yang kemas dan tidak terlalu sarat pada malam persandingan.

Sumber: TikTok @ehmalaysia