Personaliti media sosial dan ushawan, Hajar Hanif menyelar tindakan suami, Mikhail Issaq yang didakwa mengambil barangan miliknya untuk diberikan kepada wanita lain.
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Hajar Hanif Gelar Mikhail Lelaki ‘Narcisist’, Dakwa ‘Pusing Cerita’ Suruh Buat Test DNA Anak – ‘Tolong Bagitahu Dia Hukum Taklik’
Artikel Berkaitan: Pintu Pagar Berkunci, Hajar Hanif Tak Dapat Ambil Barang Peribadi – ‘Dekat Pagar Pun Dicabutnya Nama Aku?’
Ambil jam tangan
Menerusi video yang dimuat naik, Hajar mendedahkan Mikhail telah mengambil seutas jam tangannya berwarna perang yang dikatakan hilang sebelum ini.
Suami yang belum dapat hidayah, curang..korang janganlah ambil harta-harta isteri korang bagi dekat perempuan-perempuan yang korang nak ‘try’. Tolonglah ada ‘common sense’, barang isteri kau takkan nak bagi orang?
Mentang-mentang saya jarang pakai..dia bagi tak ada kotak pula tu. Saya tak habis fikir macam mana boleh bagi harta isteri dekat perempuan lain. Patutlah jam saya hilang.
Ibu kepada dua orang anak ini meluahkan rasa kesal kerana suaminya tergamak bertindak sedemikian semata-mata untuk memuaskan nafsu.
Bagi sebab nak berniaga, lepas itu nak bagi rumah nak bagi kereta. Hutang kereta, hutang rumah pun banyak ada hati nak bagi perempuan kereta dengan rumah.
Macam mana butanya hati seseorang lelaki sampai sanggup buat macam tu. Ambil harta isteri untuk bagi seseorang demi nafsu.
Kepada sesiapa yang kena aniaya, korang kena kuat. Bukan kita yang buat hal, dia orang yang kejam. Yakin Allah akan bagi kita yang lebih baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Hajar selain ada yang turut berkongsi kisah yang sama.
Dalam pada itu, warganet juga menasihatinya agar bersabar dengan ujian berat yang dilaluinya ketika ini.
Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini tercetus apabila Hajar mendakwa dia telah dijatuhkan talak tiga selepas suaminya melafazkan taklik pada tahun 2017.
@hajarhaniff Banyak betul benda yang i dianiaya & dikhianati rupanya? This is awareness to girls out there, Para influencer yang terkena & bukan influencer berhati hati ya kalau awak taknak kena “game” sidia. Selidik dulu kalau dapat tawaran tentang business & “buat duit”??? dia akan gunakan term “business” PERGI TREC PUN URUSAN BUSINESS KATANYA?Saya sudah diblock disocmed, tolong suruh sidia pulangkan all my branded handbags, kalau nak jual pun boleh, bahagi dua la brother hurmssssssss . Hasil titik peluh saya tu? This is the BIGGEST LESSONS in my life. Ini rupanya istilah orang yang kita sayang & cintalah yang mungkin akan menghancurkan kita? Now i faham, apa itu munafik
Sumber: TikTok Hajar Hanif